Thursday, October 30

HIDAYAH

Hidayah Milik Allah.
Hidayah ni, Adalah sesuatu yang harus Ummat manusia,
Letakkan paling awal.

Tanpa hidayah? Akan, jahil.
Hidayah milik Allah, Jgnlah tunggu hidayah tu DATANG sendiri.
Mcm, menunggu bulan jatuh tapi tak jatuh jatuh.
Maunya mcm tu kah?
Menunggu HIDAYAH datang? Sampai bila pun tak datang
Kalau TAK Cari.

Mcm jodoh,
Kita boleh CARI.
pasangan boleh CARI.
Lupakah kita? Tanggungjawab kita Sebagai Seorang HAMBA? Hamba saja.
Hidayah kita mesti CARI. Hidayah lah tempat kita Mula "MENGENAL ALLAH"
Allah, tuhan kita. perasaan sikit nak berubah datangnya DARI ALLAH!

apalagi. carilah Hidayah! dengan solat, kawan sama org yg Baik, Tahajjud, Banyakkan berdoa minta Hidayah!! dripada kau Sibuk berdoa Jodoh kau.
Solat pun tak cukup, Nak bermimpi Jodoh pulak.

Jadi, Hidayah ni... Allah Punya Milik Allah!
Jangan asyik merungut lagi hidayah tak sampai je.. kang betul-betul hidayah tak nak sampai kat korang, dan ajal yang nak sampai pada korang, baru korang tahu erti penyesalan..


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

KENAPA KAU BERPURDAH ?

""Kau tahu tak Yah, tadi si Suri dok jeling-jeling aku lagi. Lepas tu tersengih-sengih macam dubuk busuk. Eeerrgghh geram betul akuuu!""
Basirah membebel-bebel sambil menanggalkan purdahnya, menampakkan wajahnya yang ayu di sebalik purdah itu.
Basirah bukanlah seorang yang lawa, cun meletup, yang jika lelaki terpandang wajahnya, akan tak berkedip mata dan mahu melihatnya berkali-kali sentiasa. Tetapi cukup ayu untuk membuatkan sesiapa sahaja yang menatapnya berasa senang.
Kulit wajahnya mulus. Hidungnya tidak mancung, tetapi kecil dan comel. Bulu matanya melentik; aset terbesar pada wajahnya. Selain itu, yang lain-lain adalah biasa-biasa sahaja.
Sumayyah hanya tersenyum kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Dia mai daaahh..."
""Aku tak faham la spesis macam Suri tu. Apa masalahnya aku nak pakai purdah? Sekurang-kurangnya aku tutup aurat, dan cuba yang terbaik untuk jaga kehormatan aku! Dia tu..?? Dah la rambut menggerbang macam pontianak! Pakai baju asek nak ketat je memanjang. Kalau badan lawa macam model takpelah jugak! Ini tak, macam... Ish, buat dosa kering je aku ni!"""
"""Dah la tu Yong. Apa sangatlah yang nak marah tu.""
Sumayyah dan Basirah adalah rakan sebilik sejak enam bulan yang lalu. Mereka sama-sama mengambil jurusan ekonomi dan pengurusan di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sewaktu mula-mula mendapat tawaran penempatan di dalam kampus, gelisah juga Sumayyah dibuatnya. Takut-takut dia tak boleh nak 'masuk' dengan rakan sebiliknya nanti.
Namun dia lega apabila pertama kali melihat Basirah; bertudung labuh dan berpurdah. Tidak disangkanya nasibnya akan sebertuah itu, mendapat teman sebilik yang jauh lebih baik dari dirinya. Dia sendiri masih lagi mahu berjinak-jinak mahu memakai tudung labuh.
Maka dia sangat respek pada perempuan seperti Basirah. Kagum. Baginya, ia memerlukan keberanian yang cukup besar untuk memakai purdah. Sumayyah sendiri pernah berangan untuk memakainya suatu hari nanti, tetapi tidaklah dalam masa yang terdekat ini.
Namun kini dia tidak berapa pasti lagi, sama ada sebilik dengan Basirah adalah suatu kurniaan atau cubaan. Suatu nikmat dariNya atau bala bencana!"
"""Mahunya tak marah?! Suri tu sengaja nak cari gaduh dengan aku! Daripada dulu dia tak puas hati dengan aku! Aku rasa dia marah dekat aku sebab di Faisal tu minat kat aku! Ha, mesti sebab tu! ""
""Eleh dia boleh amiklah Faisal tu! Ramai lagi laki kat luar sana yang tergila-gilakan aku! Sekali aku kenyit mata, hah, berpuluh, beratus lelaki datang menyembah aku tahu tak??"""
""Astaghfirullah."
Sumayyah memejamkan matanya. Dadanya terasa sedikit sesak. Sebak. Dia mengetapkan bibirnya, mengumpul kekuatan sebelum berkata-kata.
""Yong, apa ni? Sudah-sudahlah tu. Bawakkan beristighfar. Kalau ye pon kau marah sangat kat Suri tu, jagalah kata-kata kau tu. Tak perlulah nak hamburkan semuanya. Ya rabbi...""
Basirah menjeling tajam. "
"""Itulah kau. Sikit-sikit istighfar. Sikit-sikit istighfar. Tak sapot aku langsung!" "
Basirah mencebik. Dia menanggalkan tudungnya dan menyidainya pada penyidai aluminium yang diletakkan di tepi meja belajarnya. Dia kemudian menghempaskan badannya pada katil. Wajahnya masih macam mencuka.
Sumayyah memerhatikan keletah Basirah buat seketika, sebelum menyambung kerja-kerjanya. Dia hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Lama mereka menyepi, masing-masing dengan kerja sendiri. Sumayyah sibuk mahu menyiapkan esainmennya yang perlu dihantar esok. Basirah pula sejak dari tadi asyik menggaru telefon pintarnya.
Tidak semena-mena suasana kembali menjadi hingar.
""Eyyyy Yah aku tengok nii! Gambar aku dapat seratus lebih like kat Insta ni! "
Sumayyah sempat memandang siling sebelum beralih pandangannya kepada Basirah. Sepertinya ada Tuhan di siling itu untuk menjawab doanya.
Mungkin ada sedikit rasa bersalah pada Basirah, Sumayyah melayan sahaja karenah rakannya itu.
""Gambar yang mana?""
""Ni gambar yang aku pakai tudung kaler velvet, matching dengan purdah tu. Yang aku tulis quote, "
"'Diriku berserah pada Ilahi,""Menanti hari berganti hari,""Menunggu sesiapa yang sudi,""Diriku melengkapkan rusuk kiri.'""
""Tengoklah ni!""
Hampir-hampir Sumayyah mahu tersembur ketawa. Bersungguh dia menahannya. Hampir mengalir air mata dibuatnya.
Diambilnya telefon Lenovi milik Basirah dan dipandangnya skrin telefon itu sekilas lalu.
""Baguslah.""
Tidak perasan dengan ketidakpedulian Sumayyah agaknya, Basirah mengambil semula telefonnya dengan wajah yang penuh bercahaya dan keterujaan.
""Kau tengok ni! Faisal pon like jugak gambar aku ni! Ahahaha padan muka si Suri tu! Perempuan tak tahu malu!" "
""Yong, aku nak tanya sikit boleh tak. Tapi kau jangan marah pulak.""
""Hmmm..?""
Sumayyah merenung tepat wajah Basirah. Basirah masih lagi tersengih-sengih memerhatikan skrin telefonnya, macam budak kecik yang baharu dapat lolipop. 
""Yong.""
Mendengarkan keseriusan pada nada Sumayyah, Basirah akhirnya memberikan Sumayyah perhatian seperti yang dipinta.
""Apa dia?""
""Aku dah lama nak tanya kau ni. Tapi aku takut kau kecik hati.""
""Alah kau ni. Macam la kau tak kenal aku. Aku kan happy-go-lucky? Takde masalah aku nak kecik-kecik hati ni!""
Sekali lagi Sumayyah terasa seperti mahu gelak besar. Tetapi dia hanya mengembangkan sedikit hidungnya.
"Sebab aku kenal kau lah Basirah oii..."
""Ok. Hmm. Sebab apa kau pakai purdah eh sebenarnya?""
Kening Basirah terangkat sebelah, tanda dia terkejut dengan soalan Sumayyah. Dia membetukan duduknya."
"""Mestilah sebab nak jaga aurat! Nak jaga kehormatan aku sebagai perempuan Islam! Haihh kau ni, takkan tu pon tak tahu?" ""
"""Betul ke kau pakai purdah untuk jaga kehormatan?""
Terbeliak mata Basirah mendengarnya.
""Kau ni dah kenapa? Nak cari gaduh ke apa? Elok-elok mood aku dah nak ok, kau pulak nak cari pasal dengan aku en?""
Sumayyah tersengih. Menyesal pula dia bertanyakan soalan itu kepada Basirah. Namun nasi sudah menjadi bubur. Alang-alang tu, nikmati sahajalah bubur itu dengan lauk-pauk yang ada!
""Bukan apa Yong. Masuk bulan ni, dah nak dekat 6 bulan aku kenal kau. Setengah tahun. Bukan sekejap tu. Tapi semenjak aku kenal kau, kau hampir-hampir ubah persepsi aku pasal orang yang berpurdah ni.""
Sekali lagi Basirah membetulkan duduknya. Kali ini dia duduk tegak. Hampir sepenuh perhatiannya kini diberikan kepada Sumayyah."
"""Err.. Kenapa pulak?""
""Aku respek tau kat orang macam kau ni, yang pakai purdah ni. Sebab bagi aku, kau orang berani. Bukan semua orang yang berani macam kau orang. Ye lah, walaupon pakai purdah tu tak wajib, tapi aku sendiri memang pernah terasa nak pakai purdah. Sebab pada aku, ia lambang emansipasi wanita. Kebebasan! Bukan calang-calang orang yang mampu untuk berpurdah!""
Hidung Basirah sedikit kembang. Bangga.
""Tapi... Lepas kenal kau, entahlah. Hari-hari dengan kau, yang aku dengar caci dan maki. Caci dan maki. Gossip sana, gossip sini. Lepas tu asyik berselfie, nak tunjuk satu dunia yang kau tu berpurdah. Kau tu berpurdah, sebab Allah atau makhluk Allah? "
"Kalau kita beramal untuk dilihat manusia, apa lagi yang tinggal untuk dilihat olehNya..?""
Tersentap Basirah dibuatnya. Kalau ketika itu Basirah boleh menghapdet status MukaBuku atau Instagramnya, sudah pasti ""Sentap kau maaakk!"" yang akan ditulisnya.
""Kau kata kau pakai purdah untuk jaga kehormatan. Tapi apa definisi kehormatan bagi kau? Kehormatan tu jauh lebih besar dari sekadar menutup anggota badan yang telah disyariatkan. Kehormatan tu akhlak. Kehormatan tu integriti. Kehormatan tu adab! Dan sorry to say Yong, semua tu aku tak nampak pada kau.""
Merah padam muka Basirah. Dia mahu memprotes, tapi Sumayyah pantas mencelah.
""Aku rasa, orang macam kau ni lah yang selalu buat orang salah faham pasal perempuan yang bertudung, pasal Islam in a bigger context. Aku selalu dengar orang kata, 'Eleh buat apa bertudung bagai kalau perangai macam jin sungai!' Sebab apa? "
"Sebab orang macam kita ni gagal jadi duta Islam dengan baik. Orang macam kita ni tak pakejkan sekali akhlak dengan tudung yang kita pakai. Alih-alih keluar statement, 'Alah, daripada pakai tudung tapi asek nak mengata orang, mencaci dan mengeji, lebih baik tak pakai tudung tapi jaga mulut dan hati! Lagi bagus!' Alahai sedihnya.""
Wajah Basirah berubah. Kurang tegangnya. Ada bibit-bibit keinsafan pada raut mukanya."
"""Kau jangan salah faham Yong. Aku bukan tak suka kau pakai purdah. Aku suka malah aku galakkan kau terus pakai. Sebab aku sayang kau lah aku cakap benda ni."
"Tapi sebelum kau nak pakai purdah untuk tutup muka, aku rasa baik kau pakai purdah pada hati dan jiwa, untuk protect dari sebarang bisikan syaitan dan kejahatan. Kalau kau pakai purdah demi sebuah kehormatan, lebih baik kau bersihkan dulu hati dan jiwa kau demi sebuah ketaqwaan!""
Mengalir air mata Basirah. Dadanya berombak.
""Kau... Kau dah abes?""
Sumayyah sedikit jengkel dengan soalan Basirah itu.
"Dia ni dengar tak apa yang aku cakap tadi..?"
"
"Dah."""
"""To...Tolong bagi aku...purdah aku tu.""
Tersekat-sekat suara Basirah dalam sedunya.
""Nak buat apa?"""
"""Nak buat lap air mata.""

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Wednesday, October 29

ALHAMDULILLAH *say it frequently

Hidup ini,
ada banyak cabaran,
kadang buat kita lupa,
Allah telah beri kita banyak nikmat.
Sudahlah di dunia ada rahmatNya,
usai cabaran kita lalui,
ada pula syurgaNya,
maka apalah sangatnya sabar kita,
bertanding dengan luas kasihNya?
Wahai hamba pujuklah hati,
siapalah manusia mahu menilai diri,
engkau bukan sempurna,
sampai bila pun tidak akan manusia berpuas hati,
pada Ilahi jugalah sepatutnya engkau pergi,
berhempas pulas menggamit redhaNya,
supaya di sana nanti,
engkau berdiri dengan bahagianya.
Lelah kita mencari cinta manusia,
kalau tercapai pun bukan syurga ada mereka.
Lupa kita berpenat mencari cinta Tuhan,
sedang syurga neraka dalam kekuasaanNya. 

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

HIJRAH


KALAU TAK PERNAH RASA PERITNYA SEBUAH PENGHIJRAHAN , JANGAN KATA APA APA .
Aku pernah rasa . Aku pernah lalui . Dan aku faham :')
Dari tak pakai tudung,
Mula memakai tudung,
Dari tudung singkat,
Mula labuhkan tudung,
Dari labuhkan tudung,
Mula melabuhkan lagi dan lagi.
Dari tangan terdedah,
Mula ditutup baju lengan panjang,
Dari ditutup dengan baju,
Mula pakai sarung tangan
Dari kaki terbuka,
Mula tutup biar tak terdedah.
ingat senang ke semua tu?
ingat mudah ke nak tempuh semua tu?
Belum lagi tempuh cacian orang.
Belum lagi tempuh pandangan sedara mara.
Belum lagi tempuh kritikan kawan kawan.
Ya semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian,
NAK TAHU APA YANG PALING PERIT BAGI ORANG YANG CUBA BERHIJRAH MENCARI SEKELUMIT REDHA ALLAH?
YANG PALING PERIT ADALAH,
bila orang pandang kita baik,
Pandang kita sempurna,
Pandang kita cukup terjaga,
Sedangkan hati masih dicemari dosa dosa.
Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Gedik terkinja2.
Sedangkan,
Orang ingat,
Muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya.
Muslimah tertutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu.
Orang yang memandang itu tak tahu.
Apa yang muslimah itu rasa.
Apa yang muslimah itu tempuh.
Dalam waktu2 dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang kadang rapuh.
Kadang kadang jatuh.
Kadang kadang tak utuh.
Kadang kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu kadang kadang tersasar
Kadang kadang lebih berdosa dari pendosa.
Kadang kadang terpesong dari landasannya.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu sama.
Manusia biasa.
Ada rasa.
Ada jiwa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar,
Hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang orang yang berharap tinggi padanya.
Tabah lah muslimah.
Andai jalan itu yang di pilih.
Allah telah pun memelihara kita
Allah telah menjaga kita
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita
Hidayah Allah itu perlu di cari.
Bukan di nanti.
Cari sejauh mungkin.
Gali sedalam dalamnya.
Lalu, bila ia telahpun di temui,
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha ilahi,
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
Kononnya tak cukup kuat lagi.
Kononnya nak tunggu lain kali.
Kononnya nak tunggu bersihnya hati.
Hidayah Allah itu ada waktunya.
Hidayah itu tidak menunggu kita andai kita tak pergi mendapatkannya.
Bila hidayah dah ada,
Grab terus walau hati keras berkata,
Belum bersedia.
Kerana perubahan itu tak perlu yang secara tiba tiba.
Kayuh pelan pelan asalkan ia berjalan.
Jangan biar hidayah itu pergi tanpa kita cuba mengambilnya.
Kerna bila ia pergi, belum tentu ia datang kembali.
Hati belum sedia tak apa,
Asalkan nampak usaha kita,
Sebab itu lah,
Kadang kadang
Ada juga muslimah yang memilih untuk menutup luarannya.
Bukan nak tutup dosa2 nya.
Bukan kerana nak meraih pandangan baik manusia.
Tapi Sekurang kurangnya,
Dia cuba menutup apa yang sepatutnya dia Jaga.
Melindungi Apa yang telah Allah amanahkan padanya.
Mana tahu, dengan kita menjaga hidayah yang Allah beri,
Allah beri pula kita rasa untuk mendidik hati dari dalam?
Sebab kadang kadang,
Dengan menjaga luaran, juga terdidik lah yang dalaman.
In sha Allah.
Aamiin Allahuma Aamiin..
Namun begitu,
Bila kita sudah melangkah untuk berubah,
Masih juga terkadang Muslimah itu,
Ada kesalahannya.
Ada silap langkahnya.
Ada kekurangannya.
Betul.
Manusia itu tak sempurna.
Namun jika benar perubahan itu lillahitaala,
Semua kerana Allah.
Jangan lembik!
Jangan lemah!
Bila jatuh, bangun lagi.
Bila tersungkur bangkit lagi.
Jangan mengalah.
Inginkan kan syurga,
Maka beramal lah seperti ahli syurga.
Dan yang paling penting,
Biar saja apa manusia nak kata.
Jangan expect semua manusia akan suka perubahan kita.
Deal?
Senyum.
Pegang dada.
Sematkan dalam diri.
"Aku lakukan ini kerana aku ingin bertemu kekasihku Rasulullah di syurga nanti. Aku lakukan ini kerana kasih sayang Allah yang cukup banyak membimbing aku ke sini .


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Monday, October 27

*Peringatan buat Sang Niqabis*

                                            
"Solehah? Layakkah?"
Aku seorang Niqabis. Yea, memakai pakaian para isteri Rasulullah ini membuatkan diri aku rasa disanjungi. Twitter, facebook dan instagram merupakan tempat aku menjadi solehah. Setiap kali aku memakai pakaian ini, aku akan mengambil sekurang kurangnya satu gambar untuk dimuat naik ke laman-laman sosial yang aku sebutkan tadi. Yang paling 'lejen' sekali dekat instagram. Setiap hari, boleh dikatakan satu gambar aku upload. Ya, niat aku untuk meraih pujian.
"Subhanallah, moga istiqomah.."'
"Semoga menjadi wanita yang solehah yaa.."
"Cantiknya ciptaan Tuhan.." 
Komen komen sebegini daripada umum membutkan aku ingin memuat naik lebih banyak gambar aku yang berniqab. Aku suka dipuji. Lumrah wanita inginkan perhatian. Semakin hari, semakin ramai followers aku. Daripada 10, jadi 100. Daripada 100, jadi seribu. Dan sekarang, lebih kurang 30,000 yang follow aku. Yeah. Dengan menggunakan title solehah, aku dapat pujian. Dengan title Solehah, aku dapat raih followers. Aku rasa bangga. Rasa diri mulia. Tapi sebenarnya, disebalik niqab yang aku pakai, hubungan aku dengan Tuhan sangat renggang. Solat 5 waktu tunggang langgang, Qiamullail lagilah jarang. Yang membuatkan diri aku mulia cumalah secebis kain hitam jarang, yang sentiasa menutup separuh wajahku supaya gelaran Solehah dapatku julang.
Benar. Aku tahu yang aku buat ini salah. Aku pernah nekad nak berubah, tapi payah. Aku rasa bahagia hidup sebegini. Di puji rakan sendiri, direbut ajnabi. Aku rasa seolah olah aku bidadari. Dengan gambar aku yang berniqab dengan caption ala ala Islamik, aku dah rasa aku solehah. Tapi sebenarnya, aku cuma menipu. Menipu diri sendiri, menipu semua orang. Yang lebih teruk, aku munafik kepada Tuhan!
Di Twitter, dengan username aku yang ala ala Islamik dan twitcon aku yang berniqab membuatkan ramai para soleh follow aku. Aku suka macamni. Aku rasa disayangi, disanjung. Rasa semua sayang aku. Tapi aku lupa, Aku hilang kasih sayang daripada Allah!
Satu hari, seorang si fulan ni (lelaki) yang lengkap berpakaian Sunnah, follow aku. Kacak! Aku suka. Aku DM dia. Lebih kurang begini perbualan kami;
"Assalamu'alaikum akhi. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf?"
"Wa'alaikumussalam ukhti. Salam ukhwah fillah. Ta'aruf? enti dulu la. Ladies first kan?"
Bermula dengan conversation yang pendek itu, sekarang aku milik dia, dan dia milik aku. Nikah? confirmlah tidak. Kami couple Islamik. Katanya boleh, dengan tujuan nak bernikah. Tapi waktu ni, umur aku baru menjangkau 16 tahun. Aku tahu, banyak lagi yang perlu aku lalui, tapi entah. Aku sayang dia. Dengan gaya dia yang ala ala Soleh, berjubah berserban ber rida' bagai, aku jatuh cinta.
Dia minta number telefon aku. Sepantas kilat, aku bagi. Malam tu, lepas online twitter, dalam pukul 10.15, ada mesej masuk. Number yang aku tak kenal, tapi aku dapat agak siapa pengirimnya.
"Assalamu'alaikum Cinta."
Tersenyum sampai ketelinga selepas aku membuka isi mesej itu. Start malam itu, kami mula mesej. Pada mulanya, cuma mesej. Lama selepas itu, bermulalah sesi OTP (on the phone) pulak. Paling sekejap OTP pun boleh dikatakan 2 jam. Tak pernah yang sekejap. Waktu tu, memang dah lupa Allah. Lupa segala galanya. Yang ada, cuma dia.
Sampai satu malam.. aku tertidur. Mimpi yang aneh, aku dapat. Mungkin teguran daripada Allah, ataupun cuma mimpi biasa. Aku tak pasti. Aku lihat dalam mimpi tu, ada sebuah taman dan tasik yang Subhanallah, terlalu indah! Ada pepohon hijau yang rendang, tasik yang jernih, binatang yang jinak, rama rama dan sebagainya. Di satu sudut, aku terlihat seorang wanita. Berjubah putih dan bertudung labuh putih sedang berdiri di tepi sebatang pokok. Dia kelihatan ceria. Sangat ceria. Ada nur di wajahnya. Aku dekati dia, Dekat dan dekat. Dia perasan kehadiran aku. Manis senyumannya dilemparkan ke arah aku. Aku rasa bahagia, tenang melihat senyumannya.
Tiba tiba, senyumannya kian pudar. Mukanya nampak takut. Aku tak pasti, dia takut ataupun sedih. Tapi mukanya memang menunjukkan sesuatu yang membuatkannya kurang senang. Aku hairan. Dia terduduk. Tiba tiba, air matanya jatuh. Aku dekati dia, memegang bahunya. Ditepis kuat tangan aku. Aku jadi semakin tidak faham. Apa salah aku?
"Kenapa awak menangis?"
"Pergi! Jangan dekat dengan saya!"
"Tapi kenapa?"
"Busuk..... busuk!!"
Aku tak berapa faham dengan apa yang dia sampaikan. Yang aku tahu, wajahnya sedih bila lihat aku dekat dekat.
Terjaga dari tidur, tubuh aku berpeluh. Aku lihat ada mesej. Hm, dah agak. Daripada 'dia'. 
"Sayang, bangun Tahajjud."
Aku biarkan mesej itu. Aku lihat jam, lebih kurang pukul 2.30 pagi. Aku cuba tidur semula, tapi tak boleh. Mimpi tu tak hilang daripada ingatan aku. Waktu itu, bermacam macam yang aku ingat. Kata kata gadis dalam mimpi aku tadi, sangat terkesan. Dia kata aku busuk. Tapi kenapa?
"Perangai aku busuk?"
"Badan aku busuk?"
"Sifat munafik itu busuk?"
Bermacam macam yang aku ingat. Sunggguh, waktu itu. Aku rasa, akulah yang paling hina. Akulah sehina hina manusia. Munafik!
Pantas. Aku menuju ke bilik air. Air wudhuk ku ambil. Menitis air mata aku waktu itu. Rasanya dah lebih sebulan aku tak berwudhuk. Allah.. Sejadah yang terlipat rapi dalam almari kucari, aku hampar. Sekali lagi, air mata deras jatuh. Allah, kiblat dekat rumah aku ni arah mana? Aku keluar daripada bilik, aku lihat hamparan sejadah di ruangan solat rumah aku, baru aku ingat arah kiblat.
Sejadah aku hampar. Solat taubat dan solat sunat tasbih yang pertama buat diri aku. Sungguh, kali ini baru sebenar benar solat. Juga buat pertama kalinya sebenar benar taubat. Sujud aku lama. Dalam hati, aku berdoa,
"Ya Allah, mudahkanlah penghijrahan aku. Ampunkan dosaku. Sesungguhnya aku hambaMu yang lalai dan hina."
Selesai solat, aku beristighfar sehingga Subuh. Masuk waktu subuh, terus aku tunaikan kewajipan aku. Seingat aku, inilah subuhku yang pertama buat sekian lamanya. Selalunya, aku akan jaga pukul 12 ke atas kalau hari cuti. Yalah, pada malamnya sibuk berdakwah. Paginya subuh gajah.
Laptop aku gapai. Dah teguhkan niat, semua account media sosial perlu aku delete.
Selesai deacctive kesemuanya, aku rasa bahagi a. Rasa bebas. Rasa CintaNya mengalir dalam diri aku.
"Bip bip!"
Bunyi menandakan mesej masuk. Daripada dia.
"Sayang, kenapa tak reply mesej?"
"Sayang awak dah takda. Dia dah mati. Dah kembali kepada Allah. Awak bila lagi? Bertaubatlah. Ajal itu bila bila."
Start daripada itu, dia tak mesej aku dah. Atau lebih tepat, aku block number dia. Mungkin dia juga dah berhijrah. Atau mungkin dah dapat mangsa baru. Aku nak pesan, berjaga jagalah. Aku rasa sekarang dia masih ada lagi dekat twitter tu. Dengan mempamerkan akhlak semulia malaikat, dia mampu membuat solehah terpikat. Selepas dah terpikat, mulalah dia mengorat.
Aku? Alhamdulillah. Sedang mengejar redha Allah.
Pesanan aku yang hina ini kepada semua Muslimah solehah;
Apa tujuan kita tutup aurat? Pakai tudung labuh? Niqab, purdah tu semua? Ya. Sebab sifat malu kita. Malu ditatap ajnabi, malu dilihat ajnabi. Malu bila tubuh badan kita dijamah mata nakal sang buaya. Kalau dah selalu upload dekat media sosial, agak agak macamana? Mata lelaki ni boleh tembus. Tak kiralah purdah ka macamana, dah jenis mata miang, semua tembus. Kejarlah redha Pencipta. Nak kejar cinta yang sia sia? Boleh. Tapi rugi serugi ruginya. Allah dah tetapkan jodoh. Jadi muslimah, biar tak cantik, janji bermaruah.
- Kisah Benar
Seorang niqabis hina

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Tuesday, October 21

NIAT DISALAH ERTI

Assalamualaikum wbt ..
olla *lambai


Bestnya kalau dapat senyum seindah adik saya senyum tuh . hihi . zara qistina .. imissyou .

Niat disalah erti ,. sapa pernah merasai perasaan bila niat kita baik untuk sesuatu perkara yang kita lakukan tuh . but . the other person salah tafsir ., 
haihhh.. kucewa gila kotttttt . 
kalau qis , mmg kucewa gundah gulana jadinya . haha.. 
sakit hati . perit . sakit dada ni wokk oi. 

contohnya lah kan . 

 A: Bro .. kau masak mkn malam ni k . aku teringin nk makan sambal ikan .aku teringin gila babas
B: oraight der . aku ok jer . tapi bro . bawang habih laa. ikan goreng je boleh 
A: kalau kau tak ikhlas tak payah la . aku boleh masak sendiri . bawang habih bukan tak leh pi beli bro .. 
B : *speechless sebb kene marah tanpa sebb sah *

Derr gua just tak nak kasi lu keluaq maghrib2 ni dlm hujan ni semata2 kerana bawang sebjik dua derr. 

ok contoh yang kelakaq . i know. but situasi qis lebih kurang gitu la .. hahaha 
banyak lagi contohnya . lagi satu ..

C: *upload gambaq lepas workout nampak aurat (pusat ) * der lepas workout beb . 2 months to go. love ma self !
D: AURAT BRO ..
C:*agak panas hati sebb tersentap kut terus delete picture tuh and upload picture yg berhemah sikit* aku upload gambar tak aurat kau kisah sangat . tapi hang jugak pi like gambar perempuan seksi meksi takpa plak . takpe tepuk dada tanya hati ,, 
D: aku ke yg dia ckp ni ,, *wondering*

BRO!! again ??dia tegur sebb sayang der .. dia tegur sebb taknak kongsi dosa syubhah. kalau dia tak tguq hang , sampai mampuh tu dosa syubhah jalan tau . agak2 lah kalau nak berteman kat nereka tuh . jgn heret depa yang tolong teguq hang .. akai takda kaa?? ada tapi ltak tang mana ?? pikiaq sikit naa. hargai sikit org yang tolong tegur tuh ,.

manusia sekarang ni makin HIPOKRIT SECARA HALUS .. 
kalau nak dibagi contoh , uih jenuh qis nak menaip semuanya .. 
tapi i hope korang nampak la maksudnya or the important point dlm entri hari ni . 
kat sinilah pentingnya kuasa HUSNUDZON . atau bersangka baik . 
cuba lah sekali tuh bersangka baik sikit dengan org lain . bukan bawa keburukan pun 
bende baik hang duk tolak , 
bende buruk hangpa duk tarik .
Tuh allah bagi akai .bagi otak ,Resap ler sikit bende positif , ni idok 
yang negatif tuh yang hangpa duk resap or serap or absorb dengan lancarnya . 
kalau positif ?? ditapis2 . ada halangan .... 
kenapa ye ? kenapa jadi mcm tuh . 

qis bercakap berdasarkan pengalaman tau . bukan ckp kosong .
qis memerhati dan mengkaji , 
kemudian menjadikan pengalaman itu sebagai pedoman . 
bukan nak kata . *nak show off coz i think outside of the box la 
sikit pun tak . aku menaip ni sebb sayang . 

please la . aku penah jahil dulu .jahil sejahil2nya . 
sama seangkatan dengan kau , tapi pikir lah .
sampai bila nak ego duk pikiaq kita ja betoi , 
haih susah lah lagu tuh ,. ANJAKAN PARADIGMA 
ubah sikit diri dan pemikiran . 
jangan kau marah lah kalau org duk kata MELAYU MUNDUR . 
NAH amik cermin ni kau cermin diri , tgk dan tanya pada reflection kau .

pemikiran lah bro .. cara berfikir tuh , kene  reset balik . 
itu yang membezakan kita dengan org lain . 

mungkin lah kan .. kadang2 niat kita baik tapi CARA PULOK TAK KENA.. 
kat sini pulak dtgnya BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK . 
sebelum kita nak buat sesuatu , pikir dan kaji baik buruknya dulu , 
tanya diri ..
kalau aku upload effects aku and org lain tak?
nampak aurat tak?
tutup aurat dengan sempurna tak?
pikir benda tuh semua . jangan pakai redah je . 
dah lah awal2 kita dah salah . lepas tuh hipokrit pulok
org tegur terus meletus . melenting . 
acanoo nak maju der .. 

SENTAP BUKAN KERANA TERASA DIHINA
TAPI 
SENTAPLAH KERANA ALLAH MASIH BERI KITA PERASAAN MALU .
ITU TANDANYA KITA MASIH ADA IMAN 
DAN ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA .

positive thinking brings out positive attitude 
positive attitude makes a very positive effects 

salam mahabbah , 









olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Saturday, October 18

TENTANG HATI

Assalamualaikum wbt .
Tentang Hati . hati siapa?? mostly insyaAllah Tentang Hati qis sendiri . 
lebih kepada luahan hati nurani qis *ecewahh .

qis ni kalau korang nak tau , qis jenis yg simpan masalah dalam hati sampai lah masalah tuh sendiri MEREPUT dengan sendiri . jadi qis Sakit sorang2 . susah qis nak cerita kan kat org lain , bukannya qis ni kurang percaya kan org . cuma qis tau . orang lain jugak ada bebanan dan masalh mereka sendiri . kenapa qis nak tambah kan pening kepala sahabat2 qis dengan masalah qis sendiri . 
qis mmg jenis yang macam tuh 
LEBIH BANYAK MENYIMPAN DARIPADA MELUAH. 
jadi sesiapa yg qis penah luahkan masalh qis pada mereka , maksudnya qis berasa sangat senang denagn mereka dan mereka adalah org yg qis sangat hargai kehadiran mereka dalam hidup qis . 
alhamdulillah . allah kurnia kan qis sahabat yang sangat2 memahami . AINA , ZUNNURAIN , FAZIRA, HAZIMAH,PIDOK , and AIN HALEK , 
korang ... aku bersyukur ada sahabat mcm korg , susah senang sama2. 
in fact . 
KORANG ADA MASA AKU SUSAH DAN KORANG JARANG ADA MASA AKU SENANG . 

terindu pulak pada kisah lalu ,. kisah zaman SPM . allahuakbar ,. orang lain belajar kita boleh pulak karoake ,, well,. sangat effect our result . tapi . we really Cherish every moments together. aku hargai kehadiran korang dlm hidup aku . banyak cerita yang aku nak  cerita kat korang . tapi aku keep first sampai semuanya terbukti depan mata aku sendiri ,.insyaAllah . everything will be fine . 

aku still diam kerana diam itu Indah !! DIAM TANDA MENANG . itu yang ibu selalu bisikkan kat aku . dan bisikkan ibu tuh aku still terngiang2 bila2 je mula naik marah atau kesal . 
ibu ayah cakap aku qowiy (kuat) . aku tak paham sebenarnya . tapi akhir2 ni aku mula sedar maksud ibu ayah tuh tau. maksudnya !!!
Hati aku kuat untuk terima semua dugaan Allah . 
sekarang Allah duga hati aku . allah hadirkan perasaan SAYANG dlm diri aku . perasaan yang fitrah untuk smeua manusia . allah hadirkan dan tiupkanm dlm hati aku . aku bersyukur allah turunkan perasaan ni kat aku . sebb perasaan ni mematangkan aku . percaya tak aku tgh berkasih syg?? hahaha 
kelakar kan ?? aku tutup hati aku dah lama wey . lama sangat sejak hati aku dipermainkan dulu .. 
opss salah . aku tak TUTUP tapi aku TAPIS .. perasaan sayang dan cinta aku hanya akan hadir bila aku rasa aku dah jumpa dengan Orang yang Allah dah tetapkan di lul mahfuz sana..paham ?
aku tapis setapis2nya . sebab sakitnya bila ditinggalkan . allahu allah . sakit ...
hihi.dah2. aina ain jgn nak ckp aku jiwang sokmo . aku susah nak ckp ., jadi aku taip  ,dengan harapan korang boleh luangkan masa 10-15minit untuk tahu keadaan aku kat sini . bukannya kita jauh sangat . except fazira nun di sabah sana . aku rinduuu. 

Cuma aku nak ckp .. aku sayang korang lillahitaala . maafkan aku kalau aku tak tegur kesalahan korang ,. aku tak sampai hati kadang2 , sedangkan kita dah janji nak sampai syurga sama2 . kalau korang rasa ada benda yang aku duk tarik muka kat korg tuh ,. maksudnya ada lah tuh yang aku duk perapkan dlm hati . so korang tanya k . aku hargai sangat korang dalam hidup aku . sampai kan aku takut untuk hilang korang . sedangkan aku tahu , korang still ada walaupun busuk sangat perangai aku . SILA TEGUR AKU JIKA AKU SALAH .insyaAllah ., aku boleh cerna semua nasihat tuh ,. walaupun mengambil masa . aku tak tahu mcmmana terharunya aku bila korang hadir saat aku memerlukan korang. Allahuakbar . alhamdulillah . 
aku rindu laaaa. 
nak pi karok !! 

SPEECHLESS !!
itu yang aku nak ckp sebenarnya ,. 
kalau korg nak tau lah kan . sebenarnya aku sebak sangat masa tulis ni . bergenang airmata aku ni bila pikir korang . allah . rindu sngt . bila nak main BALING SELIPAR lagini ? hahahaahaha 

THANK YOU tau sebb sudi kawan ngan budak busuk gemuk ni . aku bersyukur sangat2. 
tak tau nak ucapkan macam mana.. 
aku bersyukur sampai aku pernah buat Sujud Syukur bila aku realise korang was there for me everytime aku perlukan korang . 
sahabat sampai syurga kan ???
mere dhoste karoge ???
hihiihi

I LOVE YOU LAH !!!!






olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Saturday, October 11

AMALAN SEBELUM TIDUR .

Duhai suami fahamilah isteri
Duhai isteri fahamilah suami

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Amalkan ye.. moga boleh bertemu di Jannah Allah ..


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

SENYUM ;)

Assalamualaikum wbt .
SOBAHUL KHAIR !!

entri hari ni tentang senyum .
pernah dengar Lagu Senyum tak perlu kata apa2.!
hihi. lagu favourites maktih kita tu tau ,. tak habih2 dengan senyum senyum dia ,
sikit2 lagu tuh juga yg dia duk menyanyi . kita yang tahu tak lagu tu pun boleh jadi tahu .
saje je bak ang kat hangpa suma .
haha .

ok kita further k ..
senyum tuh satu TERAPI tau !
tahu tak tahu tak tahu tak tahu tak ?????
tak tahu kita nak habaq mai ni kat hangpa suma ni.

kenapa qis ckp senyum tuh satu terapi ?
pernah tak korang menghadapi masalah dan korang murung sangat2 !
sebb korg duk selalu pikiaq masalah korg tu .
PERNAH KAN?
muka macam tempe ja .
yang beljar tu , dhalah duk mata sembab sebb tak cukup tidoq . tambah lagi dengan pulok dengan muka tempe korg. aih. senang gila lecturer korg nak perangkap korg dengan soalan2 dia. haha kan??? ni membuktikan . tanpa senyuman masalah semakin BERTINGKEK TINGKEK..

Ok saya paham . sangat susah untuk mem-positif kan diri pada waktu kita dilanda atau ditimpa musibah dalam hidup kita . saya tak nafikan tu tau , saya paham saya juga macam tu dulu .
pada usia saya 12 tahun , saya dah mula 'matang' (boleh dikatakan) sebb saya paham situasi keluarga saya yang sememangnya bukan senang .ibu ayah saya lah yang banyak mematangkan diri saya .
jujur saya ckp. saya dah PENAT menangis sejak saya kecil , macam2 dugaan yang datang . ye lah kita hidup ni mmg penuh dengan dugaan kan . itu tandanya ALLAH SAYANG AKAN KITA . cuma kita je yang BUTA HATI , yang TOLOL tak nampak kasih sayang Allah tuh ..
Tapi bila kita menginjak Dewasa dan makin lama pemikiran kita makin matang . kalau tak pandai kawal . mula lah sifat KUAT MEMBERONTAK tuh naik !! allahu allah . masa tuh mak ayah kita tak hormat dah , SYAITAN KUASAI MINDA KITA !! senang je kita duk ikut bisikan2 Manja dia . Allahuakbar ! Istighfar sebentar jika kita pernah lakukannya

saya sangat2 bersyukur sebb Allah swt kurniakan saya satu sifat Sabar yang agak tinggi , saya jenis yang tak suka melenting dengan mudah . dua tiga tahun ni saya mula kenal perkataan HUSNUDZON ,. yang bermaksud bersangka baik . apapun yang berlaku dalam hidup kita ni , jangan sesekali berlaku suudzon (sangka buruk) pada Allah .itu hanya dugaan Allah , jgn sesekali kita cabar Allah . ingat Allah syanag sebb tuh datangnya DUGAAN or MUSIBAH dalam hidup ., positif kan diri .,
KEEP CALM AND HUSNUDZON TOWARDS ALLAH .

setelah kita husnudzon kepada allah . kekal kan SENYUMAN di bibir kita . senyuman kita biar tampak tak ikhlas daripada kita terus terusan murung , kemurungan boleh effect our health tau , dah lah sedih2 lepas tuh sakit pulak . boleh FATAL tau !! membawa maut . aiyooo , istighfar again if u ever done that before . kenapa saya suruh senyum bila kita ditimpa kesusahan ,? Pikir ye teman2 readers.. SENYUMAN memberi tanggapan yang sangat positif kepada semua org yang melihatnya betul ? tipu kalau korg kata korang takda teman yang bila korang susah dia tersenyum untuk cuba ceriakan balik kita ni ?? ada tak?? takda ??? cuba check balik dalm kotak memori !!!! pasti ada walau pun sekali . kalau betul2 takda , maka belum rezeki anda untuk memikliki sahabat sedemikian rupa , tapi usah sedih , dia pasti hadir ,
 kenapa ye bila kita lihat senyuman Anak2 yatim kita berasa lebih tenang ? sedangkan kita tahu hidup dia mcm mana! membesar dengan menumpang kasih dan simpati org lain ., tapi dia maish mmpu tersenyum . padahal hidup dia lebih serba kekurangan berbanding kita niiiii.. allah .

dengan senyuman , kita dapat sorok seribu keresahan ., org yang ada masalah boleh jadi lupa terhadap masalah dia sebentar .. orang yang bersedih kembali ceria. semuanya dengan AURA POSITIF yang TERAPI SENYUMAN tuh keluarkan.
Cuba kita definisi kan senyuman sebentar ..
Senyuman tu pergerakan otot dibibir yang terjadi aapabila kita dalam keadaan GEMBIRA ,
nampak tak perkataan gembira tu . Gembira tu apa pulak ?? Positifkah Gembira itu? yes indeed , it is a positive things right .
POSITIVE THINKING BRINGS OUT POSITIVE ATTITUDE ..

bila kita sentiasa tersenyum org lebih senang berdampingan dengan kita .org lebih comfortable dengan kita , sebb aura positif tuh mereka terasa . bila kita dah disenangi ramai , kita kan DIHARGAI oleh ramai org jugak tau , tapi thats not the point . the point is bila dah dihargai tu .. dihargai tau bukan disanjung ,. dihargai !! di contohi !! diteladani !! bukan kita kejar DISANJUNG .. paham tak perasaan dihargai tu ..
bila kita dah dihargai kan ? kita akan dapat bertingkek2 kasih sayang . kasih sayang antara manusia yang snagat2 manis ... insyaAllah .. mana tahu kasih syanag antara kita semua boleh membawa ke syurga allah . mana tahu kan .. !!! kalau kita minta disanjung lagi BERJOGET lah syaitan tuh , sebb dia bisikkan KERIAKKAN dalam diri kita ni . sikit je dia bisik , kita dha tergoda dah dengan bisikan manja syaitan ni . jadi elakkan perkataan nak disanjung tuh . tak kemana nanti pergi nya ... NERAKA jugakperginya

I KNOW I BECOME MORE MERAPU MERAPAS NOW KAN ?

but the point is ..
u must keep smilling . coz with a smile u will make others more comfortable n more relax ..

tak tahu mcmmana qis nak describe kan THE POWER OF A SMILE ni !!
kuasa nya sangat hebat ,
semua nya bermula daripada hati dan minda yang tenang
pesan qis satu je , walau beribu tan bebanan dibahu kita .
jgn lupa untuk terus tersenyum . bila kita tersenyum itu tandanya kita Qowiy . kita kuat .
maka dengan itu , syaitan pun semakin sedih dan frust menonggeng untuk terus menggoda kita .
biarkan syaitan terus TERTONGGENG KE-FRUST-AN dengan kita . muahhhahahahahah .

Walau sesakit mana pun hati dan perasaan kita . teruskan tersenyum .jika terlalu sakit , maka menangis la . tapi MENANGIS DI TEMPAT YANG BETUL , WAKTU YANG BETUL , CARA YANG BETUL DAN PADA YANG SEMPURNA ,
maksudnya !!

MENANGIS LAH DIAATAS SEJADAH SELEPAS SOLAT MENGHADAP KIBLAT BERHADPAN DENGAN ALLAH . tiada ketenangan lain yang mampu mengatasi ketenangan kita setelah mengadu pada yang MAHA ESA ,, tiada kawan yang boleh buat kita rasa tenang setenang kita menangis pada Allah .insyaAllah . mohon lah apa sahaja pada Allah .

ISTIQOMAH dalam solat 5 waktu kita , perbnayakkan tahajjud , MOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA .
allahumma aamiin .

salam sayang,
qisyyusri




olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Gagal merupa satu Batu Loncatan

Gagal? Jangan mengalah. Baca
ni..


Allahuakbar, sangat kagum dengan kisah
ustaz hairul nizam mat hussin
juang beliau untuk menuntut ilmu sangat
tinggi. Tulisan ini saya ambil daripada
blog Ustaz Hairul, beliau melalui tempoh
yang begitu lama untuk sampai kepada
tahap penulisan tesis bagi master.
. Semangat
Alhamdulillah, tahun 2012 , makluman
terbaru yang diperolehi beliau berjaya
mendapatkan tajuk untuk tesis beliau.
1999-2003 (B.A) 2004 - sekarang (2012)
baru berjaya mendapatkan tajuk untuk
tesis. Hampir 9 tahun beliau berusaha
untuk master. Moga Allah
mempermudahkan urusan beliau.
Syeikh Sayyid Syaltut, Guru Yang Banyak
Mendidik Ustaz Hairul Nizam.)
Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya
sepanjang permusafiran menuntut ilmu.
Banyak sungguh suka duka dan ujian
sepanjang saya di bumi Kinanah ini.
Kadang-kadang macam tak percaya
bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak.
Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir.
Semangat berkobar-kobar untuk menuntut
ilmu hampir padam sebaik sahaja saya
tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang
itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas
ditambah dengan suasana berdebu dan
berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir
(sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk
Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang
berjiwa zapin ini.
Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah
masa perkelanaan saya ke bumi Tanta.
Paksa diri ke kuliah, membaca buku
sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa
oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk
sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah,
berulang-alik ke Markaz Bait Izzah
(Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan
Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam
mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah,
menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang
sampai ke subuh adalah antara kehidupan
saya di sana. Wah. Manisnya kenangan.
Ya. Empat tahun di Tanta, saya boleh
merasa puas hati dengan sikap saya.
Syukur pada Allah yang memberikan
kekuatan fizikal dan mental pada saya.
2000 - berjaya mendapat Jayyid
2001 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2002 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2003 - tamat B.A dan berjaya mendapat
Jayyid Jiddan
Selesai mendapat B.A dalam bidang
Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar
cawangan Tanta, saya terus menyambung
ke Kaherah. Ya. Cita-cita untuk
menggondol M.A dan PhD al-Azhar al-
Syarif yang saya semat semenjak saya di
tahun dua di Tanta mesti saya teruskan.
Walaupun kawan-kawan seusrah saya di
Tanta dahulu seorang demi seorang
meninggalkan bekas kaki mereka di Mesir
lalu meninggalkan bumi ilmu ini seusai
tamat B.A, saya pasrah dan cekal untuk
menghirup kepahitan sistem pembelajaran
M.A Universiti al-Azhar bersama beberapa
orang teman yang lain.
Master Al-Azhar. Bunyi yang cukup
menggerunkan. Umpama satu hilaian
hantu langsuir yang menyeramkan atma
sang pelajar. Mananya tidak, satu paper
kita gagal, semua paper akan turut
gagal. Lantaklah. Susah ker, senang ker,
saya mesti cuba. M.A al-Azhar, markah
lulus (Maqbul) adalah 60-69. Jayyid 70-79.
Jayyid Jiddan 80-89. Imtiyas 90-100.
2004 - Tahun Satu M.A al-Azhar
Pengkhususan Usul Fiqh
Saya berjaya di Daur Thani untuk naik ke
tahun dua dengan keputusan Maqbul.
Sedih juga dapat Maqbul. Kita inginkan
keputusan yang cemerlang bukannya yang
cukup-cukup makan.
2005 - Tahun Dua M.A al-Azhar
Pengkhususan Usul Fiqh
Tahun ini tahun kepedihan. Setelah saya
cuba berhempas pulas dalam peperiksaan,
saya akhirnya GAGAL. Inilah kegagalan
pertama saya sepanjang hidup saya di
dunia akademik.
2006 - Tahun Dua M.A al-Azhar
Pengkhususan Usul Fiqh (Mengulang)
Saya menduduki peperiksaan di Daur
Awal. Keputusannya adalah
mengecewakan. Gagal. Susahnya nak lulus.
Aduh. Tinggal satu lagi peluang di M.A al-
Azhar. Saya mesti lulus pada Daur Thani.
Kalau tidak. Saya akan gagal terus dalam
M.A (Mafsul).
Daur Thani: setelah usaha, akhirnya
keputusan yang menyentak jiwa saya.
ANDA GAGAL. ANDA SUDAH TAMAT
DALAM PERCUBAAN MERAIH M.A
UNIVERSITI AL-AZHAR. ANDA MAFSUL.
Tuhan. 

Besarnya ujian. Tak pernah dalam
hidup saya, saya merasai kegagalan
seteruk ini. Habislah usaha saya semenjak
2004 lagi. Keluarga mula memberikan
pandangan. "Pulanglah. Sambung M.A di
Malaysia".
Ada juga terdengar sindiran orang-orang
itu. "Itulah. Terlibat sangat dengan
persatuan. Akhirnya gagal".
Tidak. Saya bukannya orang yang mudah
menyerah kalah. Memperjuangkan nilai
ilmu agar saya boleh mengisi keperluan
Parti Islam SeMalaysia dalam mengisi
kerajaan Islam akan datang dengan neraca
Syarak mesti terus dipertahankan. Mana
boleh menyerah kalah. Siapa akan jadi
tenaga pakar dalam bidang Syarak yang
sangat diperlukan oleh kerajaan yang
mahu bertunjangkan Syarak?
Tak boleh. Saya mesti terus. Tak boleh
putus asa. MESTI CUBA LAGI AMBIL M.A
AL-AZHAR SAMPAI BERJAYA. MESTI.

2007 - Tahun Kosong
Saya mengambil keputusan untuk
mengambil semula M.A al-Azhar yang
semestinya terpaksa mula dari tahun satu
M.A. Oleh kerana saya telahpun gagal
sehingga mafsul sebelum ini, saya tidak
dibenarkan untuk terus mengambil tahun
satu al-Azhar melainkan setelah berlalu
tempoh setahun. Wah. Ujian lagi. 2007
adalah tahun saya tidak berstatus pelajar
universiti. Kosong. Setahun saya tak ada
Iqamah (visa).
2008 - Saya pelajar Tahun Satu
Mengulang kembali M.A al-Azhar dalam
pengkhususan Usul Fiqh. Saya kembali
menjadi pelajar tahun satu M.A al-Azhar.
Daur Awal saya gagal lagi. Ya Rabb.
Peritnya ujian.

Daur Thani akhirnya memberikan
senyuman kepada saya. Saya lulus dengan
keputusan Jayyid Jiddan. Alhamdulillah.
Asykuruka Ya Rabb. Hihi. Terpaksa
tinggalkan kenduri kahwin peringkat saya
apabila terpaksa bergegas pulang ke Mesir
untuk mengambil ujian Syafawi. Kesian
pada isteri. Jadi pengantin seorang diri.
2009 - Tahun Air Mata Kegembiraan
Tahun Dua M.A Al-Azhar Pengkhususan
Usul Fiqh. Nekad. Saya mahu berjaya.
Saya tidak mahu jadi seperti mana tahun
2006 dulu. Pulun sungguh. Akhirnya Allah
terima rintihan saya. Saya lulus dengan
keputusan Jayyid. Sedih juga sebab tak
dapat Jayyid Jiddan. Apapun, syukur pada
Allah.

Akhirnya saya sudah masuk ke dunia
penulisan. Dunia Tesis M.A. Selamat
tinggal peperiksaan selama-lamanya.
Kalau dah selesai munaqasyah tesis nanti,
saya akan terus sambung PhD pula di al-
Azhar al-Syarif.
Wah.. lamanya perjalanan.


moga bermanfaat sahabat ku . :)

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Friday, October 10

ALLAH RINDU KITA

Tajuk tazkirah hari ini
 Allah RINDU tu 

 pernah tak tiba tiba rasa sebak?
 pernah tak tiba tiba rasa sedih?
 pernah tak tiba tiba rasa rindu?

Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa.

Sayang sekalian. Itu tandanya Allah rindu. Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah?

semalam?
kelmarin?
minggu lepas?
tak pernah langsung?

Allah. Allah...sayang.
Bila tiba tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu.

Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak se sebak pulak.
No no. Itu rasa Allah yang bagi.

Cuba kalau.
Rasa sedih sebak nak menangis.
Kita cepat cepat pergi toilet.
Carik kepala paip. Bukak paip.
Mandi? Tak. Amik wudhu'. Masa amik wudhu' tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu'. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab ape? Sebab nak pergi jumpa Allah ni.

Hamparkan sejadah. Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.

Nah. Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.

Sayangg..
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah,
tapi.
Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah.

Okay. Jangan sesedih lagi.
La tahzan. Innallaha ma'ana.

Sebarkan Bahagia
Moga Allah Redha

Wallahua'lam


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

HATI

HATI KU DIGIRISNYA LAGI . KALI INI LEBIH DALAM DAN PEDIH .

ASSALAMUALAIKUM WBT . 

Ya Allah . Lama sungguh qis tak exercise jari jemari qis kat keyboard , 
Allahu Allah . sungguh rindu , 
sebenarnya qis lupa password blog . 
awal2 tahun ni pun busy ya ampun sich . 
qis dengan kerja qis , 12 hours punya keje pulak tuh . 
hari2 duk keje macam BANGLA pulak rasanya ,. 
cuti ONLY on wednesday je ,. 
BANGLA pun cuti hari sabtu ahad tau . 
lagi advanced daripda qis , 

INTRO2 je dah menyanyi . awatnya CIK BALQIS?? 
hahaha
takdo gapo sebenarnya . 
mmg dua tiga harini fefeeling nak jiwang sokmo , haih 
dah kenapa Balqis ??

u know what ?? hihi 
sepanjang qis 'CUTI BLOGGING' banyak perkara yang terjadi keatas qis , 
SPM?? not so GOOD but also not that BAD . 
still got As but not that good to further study . 
sebb setakat ni , i didnt get any news from any U .. but insyaAllah . 
jujur qis nak ckp ,
yang qis langsung takda feeling nak further , 
dah lama sangat 'TANAM ANGGUR' . 
maksudnyaaaa!! dah lama sangat duk teperuk je dlm rumah , 
sebelum ni mmg lah qis berkerja , tapi ibu suruh quit before Ramadhan n Raya hari tu .. 

Allah !! 
how is your raya experience ? 
mine was not so bad or good either. 
first tak keluar beraya sangat , 
second Alhamdulillah , RAMAI gila yg beraya kat rumah , sampai tak boleh nak keluar rumah kami ni . GOOD NEWS sebb kami tak menang tangan nak layan tetamu yg hadir , qis duudk dapur je sepanjang raya pertama dan kedua , Apa maksudnya disitu ? maksudnya terlampau ramai la. alhamdulillah .. tetamu ni rezeki kan !! so hargai mereka. layan mereka dengan ikhlas dan senyuman , jangan sesekali kita mengeluh , Allah bagi rezeki tu tau , aishh , wat gapo nak ngeluh2 ,. hihi . 

Alhamdulillah wa sukurillah . demi Allah . qis bersyukur dengan segala nikmat yg telah allah kurniakan buat qis dan family . 
Tipu kalau qis kata qis tak pernah mengeluh ,
Banyak kali kami mengeluh , tapi Allah timbulkan pulak semangat dekat kami . 

*HUSNUDZHON , TAWAKAL , ZIKRULLAH , SELAWAT *

allahu allah  . disaat kami hampir hanyut dengan godaan syaitan . Allah tiupkan kata2 semangat untuk bgi kita qowiyy , 
Alhamdulillah . qis bersyukur sangat ,, 

banyak benda pahit terjadi pada qis n family , 
but still . ALLAH!!!!! lebih banyak perkara yg sangat2 baik dan manis terjadi pada kami jugak . 
disebalik kepahitan yg kami alami , 
allah turunkan kemanisan nya dlm berukhwah . 
ibu lebih banyak kenalan yg mahir dalam bidang agama ! 
ayah makin bersama keluarga dan makin bermanja dengan ibu !
dan mereka berdua saling membantu masing2 untuk mengejar Jannah Allah ,  
payah sekarang nak tgk mereka berdua 'TAK SOLAT'  
sekarang ni siap berjemaah together2 lagi tau  , 
kita yg melihat ni tak pernh lekang senyum sampai kejang pipi comel kita ni .haha . 

insyaAllah sama2 kejar jannah Allah yg allah pernah janjikan sejak dulu . 

alhamdulillah . setakat ni saja kut entri for tonight ,. 

insyaAllah . Berceloteh lagi di masa akan dtg , Allahuakbar 

allahumma solli ala sayyidina muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wassalam . 

Sollu allan nabi ..!! 

ASSALAMUALAIKUM WBT ,.




love ,
qisyyusri 

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..