Wednesday, February 4

Sinopsis surah al a’raf ayat 121 – 130

1. Nabi Musa datang bertemu firaun (sorang pemimpin yang Allah berikan kuasa dan harta, yang semakin hari semakin bertambah, tetapi dia tidak beriman kpd Allah). Nabi Musa hendak mengajak dia kepada kebenaran.

2. Firaun tak mahu, dia cabar Nabi Musa supaya tunjukkan bukti dulu.

3. Nabi Musa tunjukkan bukti; mukjizat tongkat yang betukar jadi ular dan tangan yang putih bersinar. (yg dia dpt masa dkt lembah suci tuwa. yang Allah berikan, dengan mukaddimah “sesungguhnya Aku telah memilihmu, maka dengarkanlah apa yang akan Aku wahyukan kepadamu.”  dan dengan penutupan “maka pergilah kepada firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas” boleh rujuk surah Ta-ha)

4. firaun terkejut. tapi tetap ego, tak mahu terima kebenaran. firaun dan pengikut2 nya kata itu adalah sihir sahaja. pngikut2 (yang ‘buta’ dan jahil itu) menasihati firaun supaya kumpulkan semua ahlisihir2 hebat negeri, suruh bertanding dengan nabi musa. challenge accepted.

5. as expected, mereka semua kalah. ternyata mukjizat Nabi Musa lebih hebat. lalu ahlisihir tu pun akur, dan beriman dengan Allah, dan patuh kpd Nabi Musa. tak mau lagi dgn firaun.

6. firaun tension. dia kata, mereka tak boleh beriman sebelum dia izinkan.

7. firaun mahu seksa dan bunuh ahlisihir2 negeri yg sudah membangkang itu. tapi mereka tetap mahu beriman – peduli apa! lalu mereka berdoa kepada Allah. (boleh amalkan doa ini apabila berhadapan dengan pemimpin yg zalim: “ya tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas kami dan matikanlah kami dalam keadaan beserah diri kepada Mu”) *ayat 126*

8. at the same time, masih ada lagi pengikut2 firaun yg tegar bersama firaun. yg masih buta dan jahil. malah mereka pula yg memberikan idea kpd firaun – “kita bunuh saja anak2 lelaki mereka bos, and biarkan hidup anak2 prmpuan. kita akan dpt control diorang bos.” *xtahu jugalah atas rasional apa mereka berfikiran begini*

9. Nabi Musa menenangkan ahlisihir2 hebat negeri yg sudah beriman tadi. Nabi Musa menyuruh mereka bersabar, dan meminta pertolongan dari Allah, dan bertaqwa.

10. Allah kata, Dia pasti akan mengazab pemimpin yg zalim dan pengikutnya dan negeri itu, dengan azab yang keras..

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Soalan:Apakah hukumnya seseorang yg menuntut ilmu tetapi sering kali tergelincir dalam dosa dan melakukan kemaksiatan?


Jawapan:
Seseorang yg menghadiri majlis ilmu tetapi sering melakukan dosa bermakna seseorang manusia yg bukan maksum,bukan nabi atau rasul dan cuba berperang dengan nafsunya tetapi akhirnya dia tersungkur juga kedalam dosa dan juga kemaksiatan maka apabila dia duduk didalam majlis ilmu maka dia yakin dia mempunyai rabb yg maha pengampun,apabila dia duduk didalam majlis ilmu dia tahu dia tidak boleh berputus ada dengan rahmat Allah ﷻ dan dalam pada masa yg sama dia tidak boleh merasa aman dengan azab Allah ﷻ
Maka hendaklah seorang yg berilmu apabila dia tersungkur dengan dosa dan kemaksiatan cepat-cepat dia akan bertaubat kepada Allah ﷻ kerna tahu ia berdosa dan melakukan kesilapan,kesalahan terhadap Allah ﷻ dan dia tahu pintu taubat Allah ﷻ masih terbuka lagi untuk dirinya maka dia pergi menuju kepada Allah ﷻ

Maka jangan sampai tersungkur nya seseorang itu dan berkali-kali didalam lembah maksiat menyebabkan dia berputus asa daripada rahmat Allah ﷻ kerana itu adalah tanda lemahnya iman,tanda lemahnya ilmu mengenai  Allah ﷻ dan rahmat-Nya meliputi segala sesuatu.
Maka disini ada takut dan harap,bukan sahaja hanya harap dia bersama dengan takut,maka seorang yg mempunyai harap dan takut maka  ia mempunyai sayap yg boleh memenuhi terbang tinggi kepada Makrifat Allah ﷻ untuk sampai kepada keredhaan Allah ﷻ

(Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari,Guru Mulia Tassawwuf,Darul Muhibbin.)

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Tuesday, February 3

Fotografi 3D yang menakjubkan di Masjid al Haram dan Masjid an Nabawi

1 http://t.co/2nR7badBOR
2 http://t.co/O9YCtLVLOI
3 http://t.co/v9xlileXg3
4 http://t.co/oXrRxuqJXP
5 http://goo.gl/j2BSF0

Gerakkan gambar dengan hujung jari bagi merasakan anda berada di sana.
Besst tgok la... 

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Istikhlas - Jalan utk belajar Ikhlas
walaupun mula-mula kita hanya berpura-pura ikhlas .Namun keikhlasan yg sebenarnya itu timbul kerana kepura-puraan itu tadi.
Bismillaahir rahmaanir rahiim
Di Dalam Al-Quran Nur Karim.Allah S.W.T berfirman dan Jibril a.s menyampaikan yg bermaksud:
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
(Az-Zumar 39:2)
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
(Az-Zumar 39:3)
Sadaqallahul 'Azim

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Monday, February 2

PENDAM RASA

Assalamualaikum wbt .

Memendam rasa !
Sakitnya tu dihati bukan ?
Peritnya tu didada bukan ?

Kenapa ya bila semuanya berkaitan dengan Qalbi,
Hampir semua orang kalah dan tewas.
Dugaan Qalbi itu terlalu mencucuk ke sampaikan kita seringkali kalah dalam permainan Hati ?
Atau sememangnya Qolbu kita ni terlalu nipis sampaikan tak boleh disentuh langsung?
kalau Disentuh je kita akan menangis ?
Kalau diusik je akan terluka ?
kalau tercucuk sikit je PARAH ?

Kenapa ? Jika berkaitan Qalbi tiada seorang pun sahabat kita yang benar2 mengerti sakitnya.
Mulut mereka mengatakan mereka mengerti .

 'AKU PAHAM PERASAAN KAU SEKARANG'
sekadar ungkapan untuk menyedapkan rasa sahaja bukan?

'AKU PUN PERNAH MERASAINYA DAHULU'
sekadar ungkapan untuk melegakan jiwa sahaja bukan?

Jadi.
Siapakah yang harus aku rujuk jika aku semakin tewas dalam permainan HATI ini ?
Siapa?
Lawyer?
Kaunseling?
Therapist?
Pakar Bedah?
Pakar Motivasi?

oh TIDAK !!
mereka hanya boleh Sembuhkan yang LUARAN sahaja.
mereka hanya boleh Timbulkan SENYUMAN PALSU dibibir.
JADI SIAPAAAAAAA??

Bila berkaitan Qalbi , Letakkan kepercayaan kita SEPENUHNYA pada UBAT-UBATAN yang Allah SWT berikan . 

Bukannya ,
Pil-pil pemberian doktor yang kononnya penenang kpd masalah
Bukannya ,
Arak yang kononnya mengkhayalkan kita dari segala masalah.
Bukannya ,
Dadah yang kononnya mengalpakan kita dari dunia masalah .
Bahkan ....
Bukannya ,
Sekotak rokok yang kononnya dihembus keluar sebagai hembusan perginya masalah .

IANYA ADALAH......

Zikir-zikir Nama ALLAH SWT .
Alunan Kalimah TAUHID dibibir.

Berteleku di bentangan Sejadah .
Mengharapkan ehsan Allah

Menyelak helaian Kalamullah 
Mengharapkan ketenangan didada .

Muhasabah diri setiap detik
Mengharapkan pengampunan Ilahi

Mujahadah demi Kekasih Abadi 
Agar diangkat ke Syurga Firdausi.

Wallahu'alam
Sekadar coretan untuk menenangkan jiwa-jiwa yang sedang Sakit .

Yang Khilaf ,

magpahulasepet





olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..