Friday, October 10

ALLAH RINDU KITA

Tajuk tazkirah hari ini
 Allah RINDU tu 

 pernah tak tiba tiba rasa sebak?
 pernah tak tiba tiba rasa sedih?
 pernah tak tiba tiba rasa rindu?

Tapi semua tak tahu kenapa. Tak tahu sebab apa.

Sayang sekalian. Itu tandanya Allah rindu. Allah rindu rintihan doa dan hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah?

semalam?
kelmarin?
minggu lepas?
tak pernah langsung?

Allah. Allah...sayang.
Bila tiba tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang rindu akan kamu.

Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak se sebak pulak.
No no. Itu rasa Allah yang bagi.

Cuba kalau.
Rasa sedih sebak nak menangis.
Kita cepat cepat pergi toilet.
Carik kepala paip. Bukak paip.
Mandi? Tak. Amik wudhu'. Masa amik wudhu' tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu'. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab ape? Sebab nak pergi jumpa Allah ni.

Hamparkan sejadah. Solat lah. Doa lah. Minta lah. Allah dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.

Nah. Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang.

Sayangg..
walaupun tiada bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah,
tapi.
Kita masih ada lantai untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk di adukan segala masalah.

Okay. Jangan sesedih lagi.
La tahzan. Innallaha ma'ana.

Sebarkan Bahagia
Moga Allah Redha

Wallahua'lam


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: