Monday, November 17

Do not Insult Others

And do not insult one another and do not call each other by (offensive) nicknames. How many of us violate this every day by calling our friends by offensive nicknames? It's not enough to say ' Oh they don't mind it when I call them this and that'. That's not the point, the point is dont' do it. Period.

Firman Allah s.w.t:
Al-Ĥujurāt:11 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Sunday, November 16

Sentap? ALLAH SAYANG!

Sentapp gler mse bce ni.
Aku paling menyampah,
Dengan status perempuan yang malu-malu,
Atau rasa segan apabila kena mengorat dengan lelaki.
Paling aku sakit hati apabila dia ialah seorang muslimah,
Berada dalam landasan fikrah beragama,
Dari sekolah agama,
Belajar di institusi agama,
Tahu pasal agama.
.
Weyh perempuan !
Kalau kau kena mengorat,
Maknanya kau masih belum pandai jaga ikhtilat,
Garanglah sikit !
Bukan sekadar sombong je tapi garang !
Garang tahu tak?
.
Bukannya melemah-lembutkan suara,
Ber'enta' dan'enti' dalam pergaulan,
Konon hendak menjaga hati,
Tapi menimbulkan masalah hati pula,
Bagaimana tu?
Menjaga apa namanya?
Kalau berlemah lembut sampai menimbulkan fitnah dan huru hara?
.
Bukannya mengada-ngada,
Tunjukkan diri itu ala-ala perempuan Melayu terakhir,
Sopan-santun di depan lelaki sampai hatinya cair,
Malu-malu tak kena tempat,
Layan lelaki ikut suka hati tak jaga ikhtilat,
Main mesej tanpa urusan muammalat,
Kemudian kau salahkan lelaki?
.
Bagi aku lah kan,
Kau yang tak tegas,
Terlalu berlemah lembut tak kena tempat,
Bajet ayu untuk memikat,
Ber'enta' dan 'enti' untuk menarik perhatian,
Memakai purdah dengan tujuan mahu menayang,
Konon-konon kitalah muslimah solehah,
Lelaki mudah tertarik dengan wanita ala-ala muslimah,
Katanya :
"Jangan berkasar sangat dengan lelaki, nanti mereka kecil hati,urusan tak jalan kalau bertegas dengan Adam, Adam ini ego tak menerima nasihat"
Alasan yang dah basi.
.
Itu semua poyo !
Wahai perempuan,
Jaga diri boleh tak?
Tegas dan garang!
Walaupun kau tu muslimah,
Jadilah tegas dan garang !
Tak payah nak berlembut sangat.
Biar lelaki benci !
Jangan lelaki jatuh hati !
Kalau lelaki duduk meroyan teringat kat kau,
Kau bangga ke?
Daripada dia berkopiah langsung tak berambut,
Daripada dia suka ke surau langsung duduk dalam bilik,
Hilang sudah seorang pejuang agama,
Hanya kerana kau yang bajet ayu dan muslimah tak kira masa.
.
Maaflah kalau aku berkasar,
Bagi aku seorang muslimah solehah,
Dia mesti tegas !
Sebab dia tahu maruah diri dia di mana,
Dia tidak boleh berlembut sesuka hati,
Dia ialah wanita yang paling ramai dibenci daripada disukai,
Lihat Zainab Al Ghazali,
Ummu Salamah,
Saidatina Aisyah,
Asiah,
Kerana agama mereka dibenci,
Kerana lantang bersuara mereka dicaci
Mereka sangatlah tegas berdiri menegakkan panji agama,
Tak pernah pun lelaki mengorat mereka,
Kerana lelaki takut dengan hamasahnya dalam memperjuang agama,
Jika ada yang mahu menyunting,
Mereka mendapatkan secara terhormat,
Tak pernah mengorat secara dekat.
.
Wahai muslimah,
Yang ada fikrah agama,
Jika ada yang mahu mengorat anda !
Sila salahkan diri sendiri,
Refresh diri,
Mungkin fikiran anda masih lagi memikirkan tentang mencari suami?
Belum lagi fokus pada urusan memperbaiki diri?
Atau tidak terlintas lansung untuk berjuang demi agama sampai mati?
.
Ramai sahaja aku melihat muslimah lemah lembut,
Ayu dan terlalu memikat,
Namun sangat pengecut untuk bertegas,
Sangat tak pernah bertindak untuk menggerakkan agama yang dimilikinya,
Apa? Kau rasa dengan keayuan kau tu kau boleh menyumbang pada agama?
Dengan keayuan kau tu boleh menggerakkan dakwah dengan kencang ke?
Dengan lemah-lembuh kau tu boleh menjayakan misi ummah dengan berjaya ke?
Apa sumbangan sopan santun kau terhadap lelaki pada agama?
.
Maafkan aku jika berkasar,
Aku sudah muak + menyampah,
Apabila orang tak henti-henti mengadu ada yang mengorat !
Tolonglah tegas dan garang dalam muammalat,
Jaga ikhtilat sesama muslimin muslimat,
Biar lelaki benci !
Jangan sampai mereka jatuh hati !
Aku penatlah.
Penat melayan semua ini.
.
Karate je ada yang nak mengorat kau tu boleh?
Lepas tu confirm dah tak ada lelaki yang berani dekat, sentuh dan mengorat kau lagi !
.
Serius !
Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu,
Perempuan yang tiada  pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu,
Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu :
"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu dengan slumber, bersuaralah pada kebenaran tanpa rasa segan, jangan terlalu menjaga penampilan sampai di depan cermin berjam-jam untuk menarik perhatian, berdakwah tanpa rasa gentar, berbuat baiklah tanpa rasa malu, buatlah apa jua tanpa menghiraukan keadaan yang melanda"
Kerana mereka tahu juga :
"Sampai suatu saat kau akan diuji dengan berat dan ketika itu kau amat memerlukan bantuan, Allah akan menghadiahkan kau seorang suami soleh untuk dijadikan teman"
Relaks, tak payah nak berlembut dan bajet ayu sangat sampai tak bergerak dalam persatuan,
Kau buat je apa sahaja dengan slumber,
Bila sampai masanya,
Allah akan bagi juga,
Si dia yang soleh di depan mata.
.
Yang ni ada kau aktif berpesatuan?
Ada kau slumber berdakwah tanpa segan?
Ada kau menuntut ilmu sampai pengsan?
Ada kau berani bersuara atas kebenaran?
Ke masih bajet ayu dan malu dalam pergaulan dan berpesatuan?
Kemudian lelaki mengorat kau bangga dan tak henti-henti meroyan?
.
u Pleaselah~
Tepuk dada tanya diri.
Maafkan hamba jika terkasar bahasa.
#deepest
*saya juga terasa dan tersentap ya amat bila membacanya.  Tapi . Anggap itu adalah nasihat yg allah turunkan untuk menyedarkan kita drpd terus terpesong .

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Monday, November 3

Nota untuk diri sendiri,

Nota untuk diri sendiri,
Dan kepada mereka yg ingin aku jumpa di Syurga nanti. 
Bismillah.
Kadang2. Kita terlalu sibuk mentarbiyah orang lain. Sampai kita lupa nak tarbiyah diri sendiri.
Waktu mula2 disentuh sweet portion of tarbiyah, kita rasa happy sangat. Dan rasa cam nak sebarkan portion happiness tu.
Tapi bila dah lama dan asyik mentarbiyah orang lain, kita lupa yang diri kita sendiri sedang perlukan tarbiyah.
Tarbiyah? Kalau nak hurai panjang lebar dan nak cerita kemanisan dia tu. Memang jenuh tangan nak taip.
But yes. Tarbiyah ni, kuasa yang berupaya tuk mengubah. Mengubah seseorang tu jadi yang lebih baik. Dari sebelumnya.
Kerana tarbiyah lah,
Orang yang suka tidur lepas subuh. Makin kerap baca AlQuran lepas subuh and usaha bangun awal.
Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulunya suka cakap sembang kosong. Sekarang, dia makin kerap cakap dan buat. Beramal lillahitaala.
Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulunya rasa dia lebih mulia dari orang lain. Banyak muhasabah diri dan sentiasa beristighfar kembali pada Allah setelah lama lalai dlm fantasi ciptaan sendiri.
Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulu nya suka bercakap perkara sia sia yakni lagha mula menyebarkan cinta bahagia. Bahagia? Dakwah.
Kerana tarbiyah lah,
Orang yang dulunya berakhlak sangatlah buruk sampai kadang buat orang geleng kepala sambil mengutuk. Sekarang, jadinya persis kain putih. Suci tanpa dosa. Kerana sudah mula kembali pada Tuhan.
"Baru je berubah. Masih teruk."
"At least. Baik dari sebelumnya kan? A step closer. Allah tengok usaha. Jangan pernah berhenti sebelum kaki menjejak Syurga. Melangkah lah sampai hati dah penat untuk berkata penat."
Siapa yang pernah lalui zaman gelap jahiliah, akan lebih terasa dan menghargai manisnya tarbiyah. I write this cause i learnt it the hard way.
Jom berubah. Dan tarbiyah diri sendiri.
"Sometimes. Kita kena stay away dari certain people utk get closer to Allah." Saling mendoakan untuk sahabat kita. Insha Allah. Doa yang baik2. Cakap yang baik2. Buat yang baik2. Niat lillahitaala. Allah akan bagi pengakhiran yang baik2.

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..