Saturday, October 11

Gagal merupa satu Batu Loncatan

Gagal? Jangan mengalah. Baca
ni..


Allahuakbar, sangat kagum dengan kisah
ustaz hairul nizam mat hussin
juang beliau untuk menuntut ilmu sangat
tinggi. Tulisan ini saya ambil daripada
blog Ustaz Hairul, beliau melalui tempoh
yang begitu lama untuk sampai kepada
tahap penulisan tesis bagi master.
. Semangat
Alhamdulillah, tahun 2012 , makluman
terbaru yang diperolehi beliau berjaya
mendapatkan tajuk untuk tesis beliau.
1999-2003 (B.A) 2004 - sekarang (2012)
baru berjaya mendapatkan tajuk untuk
tesis. Hampir 9 tahun beliau berusaha
untuk master. Moga Allah
mempermudahkan urusan beliau.
Syeikh Sayyid Syaltut, Guru Yang Banyak
Mendidik Ustaz Hairul Nizam.)
Jangan Mengalah. Ya. Itulah pegangan saya
sepanjang permusafiran menuntut ilmu.
Banyak sungguh suka duka dan ujian
sepanjang saya di bumi Kinanah ini.
Kadang-kadang macam tak percaya
bahawa Kalau Kita Nak, Kita Tetap Nak.
Akhir tahun 1999, saya tiba di Mesir.
Semangat berkobar-kobar untuk menuntut
ilmu hampir padam sebaik sahaja saya
tiba di Lapangan Terbang Kaherah petang
itu. Gelagat orang Arab Mesir yang ganas
ditambah dengan suasana berdebu dan
berhabuk di padang pasir Hayyu Asyir
(sekarang ini dah jadi pasar kereta @ Suk
Sayyarat) cukup menyesakkan saya yang
berjiwa zapin ini.
Bulan 11 1999 hingga tahun 2003 adalah
masa perkelanaan saya ke bumi Tanta.
Paksa diri ke kuliah, membaca buku
sekitar 100 muka surat sehari, dipaksa
oleh Naqib tercinta Us Zul Janggut untuk
sentiasa hasilkan kertas kerja ilmiah,
berulang-alik ke Markaz Bait Izzah
(Markaz pentadbiran Dewan Perwakilan
Mahasiswa Tanta) dengan basikal dalam
mengikuti agenda tarbiah dan thaqafah,
menghadiri mesyuarat yang kadang-kadang
sampai ke subuh adalah antara kehidupan
saya di sana. Wah. Manisnya kenangan.
Ya. Empat tahun di Tanta, saya boleh
merasa puas hati dengan sikap saya.
Syukur pada Allah yang memberikan
kekuatan fizikal dan mental pada saya.
2000 - berjaya mendapat Jayyid
2001 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2002 - berjaya mendapat Jayyid Jiddan
2003 - tamat B.A dan berjaya mendapat
Jayyid Jiddan
Selesai mendapat B.A dalam bidang
Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar
cawangan Tanta, saya terus menyambung
ke Kaherah. Ya. Cita-cita untuk
menggondol M.A dan PhD al-Azhar al-
Syarif yang saya semat semenjak saya di
tahun dua di Tanta mesti saya teruskan.
Walaupun kawan-kawan seusrah saya di
Tanta dahulu seorang demi seorang
meninggalkan bekas kaki mereka di Mesir
lalu meninggalkan bumi ilmu ini seusai
tamat B.A, saya pasrah dan cekal untuk
menghirup kepahitan sistem pembelajaran
M.A Universiti al-Azhar bersama beberapa
orang teman yang lain.
Master Al-Azhar. Bunyi yang cukup
menggerunkan. Umpama satu hilaian
hantu langsuir yang menyeramkan atma
sang pelajar. Mananya tidak, satu paper
kita gagal, semua paper akan turut
gagal. Lantaklah. Susah ker, senang ker,
saya mesti cuba. M.A al-Azhar, markah
lulus (Maqbul) adalah 60-69. Jayyid 70-79.
Jayyid Jiddan 80-89. Imtiyas 90-100.
2004 - Tahun Satu M.A al-Azhar
Pengkhususan Usul Fiqh
Saya berjaya di Daur Thani untuk naik ke
tahun dua dengan keputusan Maqbul.
Sedih juga dapat Maqbul. Kita inginkan
keputusan yang cemerlang bukannya yang
cukup-cukup makan.
2005 - Tahun Dua M.A al-Azhar
Pengkhususan Usul Fiqh
Tahun ini tahun kepedihan. Setelah saya
cuba berhempas pulas dalam peperiksaan,
saya akhirnya GAGAL. Inilah kegagalan
pertama saya sepanjang hidup saya di
dunia akademik.
2006 - Tahun Dua M.A al-Azhar
Pengkhususan Usul Fiqh (Mengulang)
Saya menduduki peperiksaan di Daur
Awal. Keputusannya adalah
mengecewakan. Gagal. Susahnya nak lulus.
Aduh. Tinggal satu lagi peluang di M.A al-
Azhar. Saya mesti lulus pada Daur Thani.
Kalau tidak. Saya akan gagal terus dalam
M.A (Mafsul).
Daur Thani: setelah usaha, akhirnya
keputusan yang menyentak jiwa saya.
ANDA GAGAL. ANDA SUDAH TAMAT
DALAM PERCUBAAN MERAIH M.A
UNIVERSITI AL-AZHAR. ANDA MAFSUL.
Tuhan. 

Besarnya ujian. Tak pernah dalam
hidup saya, saya merasai kegagalan
seteruk ini. Habislah usaha saya semenjak
2004 lagi. Keluarga mula memberikan
pandangan. "Pulanglah. Sambung M.A di
Malaysia".
Ada juga terdengar sindiran orang-orang
itu. "Itulah. Terlibat sangat dengan
persatuan. Akhirnya gagal".
Tidak. Saya bukannya orang yang mudah
menyerah kalah. Memperjuangkan nilai
ilmu agar saya boleh mengisi keperluan
Parti Islam SeMalaysia dalam mengisi
kerajaan Islam akan datang dengan neraca
Syarak mesti terus dipertahankan. Mana
boleh menyerah kalah. Siapa akan jadi
tenaga pakar dalam bidang Syarak yang
sangat diperlukan oleh kerajaan yang
mahu bertunjangkan Syarak?
Tak boleh. Saya mesti terus. Tak boleh
putus asa. MESTI CUBA LAGI AMBIL M.A
AL-AZHAR SAMPAI BERJAYA. MESTI.

2007 - Tahun Kosong
Saya mengambil keputusan untuk
mengambil semula M.A al-Azhar yang
semestinya terpaksa mula dari tahun satu
M.A. Oleh kerana saya telahpun gagal
sehingga mafsul sebelum ini, saya tidak
dibenarkan untuk terus mengambil tahun
satu al-Azhar melainkan setelah berlalu
tempoh setahun. Wah. Ujian lagi. 2007
adalah tahun saya tidak berstatus pelajar
universiti. Kosong. Setahun saya tak ada
Iqamah (visa).
2008 - Saya pelajar Tahun Satu
Mengulang kembali M.A al-Azhar dalam
pengkhususan Usul Fiqh. Saya kembali
menjadi pelajar tahun satu M.A al-Azhar.
Daur Awal saya gagal lagi. Ya Rabb.
Peritnya ujian.

Daur Thani akhirnya memberikan
senyuman kepada saya. Saya lulus dengan
keputusan Jayyid Jiddan. Alhamdulillah.
Asykuruka Ya Rabb. Hihi. Terpaksa
tinggalkan kenduri kahwin peringkat saya
apabila terpaksa bergegas pulang ke Mesir
untuk mengambil ujian Syafawi. Kesian
pada isteri. Jadi pengantin seorang diri.
2009 - Tahun Air Mata Kegembiraan
Tahun Dua M.A Al-Azhar Pengkhususan
Usul Fiqh. Nekad. Saya mahu berjaya.
Saya tidak mahu jadi seperti mana tahun
2006 dulu. Pulun sungguh. Akhirnya Allah
terima rintihan saya. Saya lulus dengan
keputusan Jayyid. Sedih juga sebab tak
dapat Jayyid Jiddan. Apapun, syukur pada
Allah.

Akhirnya saya sudah masuk ke dunia
penulisan. Dunia Tesis M.A. Selamat
tinggal peperiksaan selama-lamanya.
Kalau dah selesai munaqasyah tesis nanti,
saya akan terus sambung PhD pula di al-
Azhar al-Syarif.
Wah.. lamanya perjalanan.


moga bermanfaat sahabat ku . :)

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: