Thursday, November 26

Fitrah perasaan SUKA .

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
Assalamualaikum ustazah
Saya ada suka kat seseorang.Tapi taktahu suka kerana Allah atau kerana nafsu semata mata.
Boleh saya tahu bagaimana nak beza suka seseorang tu kerana Allah atau kerana nafsu semata mata?
Terima kasih
Jawapan
Waalaikmslm
✅ Manusia adalah makhluk yg paling mulia
kerana Allah beri kita akal dan nafsu.
➡️ Nafsu manusia ada banyak dan salah satunya ialah
perasaan suka atau sayang kpd berlawanan jantina.
➡️Ia adalah fitrah dan naluri semulajadi manusia..
jadi perasaan suka kpd seseorang tu bukan bukanlah satu dosa..
➡️ Jika kita pandai kawal perasaan dan ikut semua adab serta patuh kpd peraturan syariat
maka itulah dinamakan " cinta kerana Allah " sbb kita tetap berpegang kpd hukum Allah dan kita berjaya pandu nafsu ikut jalan yg diredhoi Allah.
➡️ Sebaliknya ..jika kita terlalu ikut perasaan dan hanyut dalam bisikan nafsu dan syaitan..langgar semua peraturan syariat demi memenuhi rasa sayang..
itulah yg dinamakan " cinta kerana nafsu".
➡️ Jika sukakan seseorang kerana Allah ,
kita selalu mendoakan kebaikannya dan mengharapkan yg terbaik untuknya walaupon dia bukan milik kita..redho dgn segala ketentuan Allah.
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
by: @Asmahan_Hurzaid
by: azyan

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..