Thursday, November 26

Fitrah perasaan SUKA .

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️
Assalamualaikum ustazah
Saya ada suka kat seseorang.Tapi taktahu suka kerana Allah atau kerana nafsu semata mata.
Boleh saya tahu bagaimana nak beza suka seseorang tu kerana Allah atau kerana nafsu semata mata?
Terima kasih
Jawapan
Waalaikmslm
✅ Manusia adalah makhluk yg paling mulia
kerana Allah beri kita akal dan nafsu.
➡️ Nafsu manusia ada banyak dan salah satunya ialah
perasaan suka atau sayang kpd berlawanan jantina.
➡️Ia adalah fitrah dan naluri semulajadi manusia..
jadi perasaan suka kpd seseorang tu bukan bukanlah satu dosa..
➡️ Jika kita pandai kawal perasaan dan ikut semua adab serta patuh kpd peraturan syariat
maka itulah dinamakan " cinta kerana Allah " sbb kita tetap berpegang kpd hukum Allah dan kita berjaya pandu nafsu ikut jalan yg diredhoi Allah.
➡️ Sebaliknya ..jika kita terlalu ikut perasaan dan hanyut dalam bisikan nafsu dan syaitan..langgar semua peraturan syariat demi memenuhi rasa sayang..
itulah yg dinamakan " cinta kerana nafsu".
➡️ Jika sukakan seseorang kerana Allah ,
kita selalu mendoakan kebaikannya dan mengharapkan yg terbaik untuknya walaupon dia bukan milik kita..redho dgn segala ketentuan Allah.
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA
by: @Asmahan_Hurzaid
by: azyan

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Tuesday, November 24

❤Renungan Pagi❤

Bersyukurlah kita kpd Allah dgn nikmat Iman dan Islam yg dikecapi. Beramallah agr beroleh manafaat melalui umur yg ada, amal yg ada dan rezeki yg diterima. Jauhi dr berbuat perkara yg dilarang. Mohon dipelihara kita drpd mendapat murka Allah.
Hati kita jgn dibiarkan lalai. Apabila hati lalai, maka akn menjadi tempat duduknya syaitan. Kdg kita berniat baik, tapi ada kalanya kita berniat tdk baik. Semua ini adlh lintasan. Lintasan yg baik dtg drpd Allah manakala lintasan yg tak baik dtg drpd syaitan.
hendaklah kita mohon kpd Allah agr dikurniakan pandangan mata hati dlm kita memandang hikmah di sebalik apa yg berlaku di sekeliling kita. Pandangan mata hati xsama dgn pandangan mata kepala. Pandangan mata kepala hanya melihat kpd luaran dan kpd zahirnya saja. Contoh; Bila kita tengok org yg dh selesai dikebumi, kita pun kata..."Ohh dah selesai la semua masalah org tu, dah meninggal pun...."
Sebaliknya berbeza pandangan dari sudut mata hati krn bilamana kita tgk keadaan tersebut, hati akn berkata2.... "Telah bermula masalah.... jika baik In shaa Allah akn beroleh kesenangan di akhirat.... dan jika xbaik maka akn beroleh kesusahan di akhirat nanti..."
Wallahu'alam
-siput pink-


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Kata-Kata Hikmah Imam Syafi'e yang boleh dijadikan HIKMAH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم. 
"Barangsiapa mengaku dapat menggabungkan dua cinta dalam hatinya, cinta  dunia sekaligus cinta Allah, maka dia telah berdusta."
- (Imam AsSyafie)
"Jika ada seorang yang ingin menjual dunia ini kepadaku dengan nilai harga sekeping roti, nescaya aku tidak akan membelinya."
- (Imam asSyafi'e)
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
- (Imam asSyafie) 
Berapa ramai manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kapannya sedang ditenun.
- (Imam asSyafie)
Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang.
- (Imam asSyafie)
Aku tidak pernah berdialog dengan seseorang dengan tujuan aku lebih senang jika dia berpendapat salah.
- (Imam asSyafie)
Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah. Kalau dia boleh meninggalkan Allah, apalagi meninggalkan kamu.
- (Imam asSyafie)
Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khotimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia.
- (Imam AsSyafie)
"Pentingnya menyebarkan ilmu agama.
- (Imam asSyafie)
Ilmu itu seperti air. Jika ia tidak bergerak, Menjadi mati lalu membusuk."
- (Imam syafie)
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)
"Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah." - (Imam as Syafie)
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
- (Imam asSyafie)
Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)
Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan.
- (Imam asSyafie)
Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Sesiapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
- (Imam asSyafie)
"Dosa-dosaku kelihatan terlalu besar buatku, tapi setelah kubandingkan dgn keampunanMu, ternyata keampunanMu jauh lebih besar."
- (Imam syafie)

"Bumi Allah amatlah luas namun suatu saat apabila takdir sudah datang, angkasa pun menjadi sempit"
- (Imam asSyafie)

Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu.
- (Imam asSyafie)

Sebesar-besar aib (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam diri kamu sendiri.
- (Imam asSyafie)

Aku mampu berhujah dgn 10 orang berilmu, tapi aku akan kalah pada seorang yg jahil kerana dia tak tahu akan landasan ilmu.
- (Imam asSyafie)

sumbangan 
Habib Ali Zainal Abidin Alkaf dn Syed Muhd ben Yahya

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..