Wednesday, October 29

ALHAMDULILLAH *say it frequently

Hidup ini,
ada banyak cabaran,
kadang buat kita lupa,
Allah telah beri kita banyak nikmat.
Sudahlah di dunia ada rahmatNya,
usai cabaran kita lalui,
ada pula syurgaNya,
maka apalah sangatnya sabar kita,
bertanding dengan luas kasihNya?
Wahai hamba pujuklah hati,
siapalah manusia mahu menilai diri,
engkau bukan sempurna,
sampai bila pun tidak akan manusia berpuas hati,
pada Ilahi jugalah sepatutnya engkau pergi,
berhempas pulas menggamit redhaNya,
supaya di sana nanti,
engkau berdiri dengan bahagianya.
Lelah kita mencari cinta manusia,
kalau tercapai pun bukan syurga ada mereka.
Lupa kita berpenat mencari cinta Tuhan,
sedang syurga neraka dalam kekuasaanNya. 

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: