Wednesday, June 13

Tuan Rumah Pembantu Rumah

Asslamualaikum .. *lambai lambai tangan dengan penuh excited

hehe.. apa khabar semua ? !! *bunyi cengkerik .
 oh okay... takda viewerrr... okk takpe.. heeee ^_^

tajuk kat atas tuh pelik tak? pelik kan !! hah.. ini adalah alah satu novel yang Mama saulin bagi pinjam ..
novel ni daripada terbitan FAJAR PEEKER .. apa benda peeker2 tuh ?? 
ntahlah .. qiss pun tak tahu sebenarnya.. tak pernah pulak baca novel terbitan syarikat ini.. tapi agak menarik for the first time baca.. tajuk aje dah buat korang pelik kan.. tapi cerita dia agak simple but padat. korang jangan sesekali baca buku ni tapi baca skip2.. kalau tak .korang mesti takkan paham.. Konsep cerita ni sangat simple tapi ada jugak lah benda yang kita tak rasa akan dikeluarkan ada dalam buku ni ..Novel ni memaparkan tentang kecurangan tunangnya sendiri di depan mata dia.. tapi perempuan ni macam bersabar jelah kan sebab Sayang punya pasal.. hah tapii........ *jeng jeng jeng. .
korang baca lah sinopsis kat bawah ni nanti ... malas nak taip panjang2.. saya copy paste .. 

nak tengok cover??? okayy .. nahhhh ! 


comel kan cover dia.. hehe.. cover dia sangat sesuai dengan jalan cerita novel ni ....

okay kat bawah ni pulak adalah sedikikt sebanyak tentang Fajar Peeker.. lagi sekali saya copy paste dari blog fajar peeker... 

Bermula sebagai pengedar, Syarikat Fajar terus melangkah sebagai penerbit yang dikenali sebagai Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Menerbitkan empat buah novel berbahasa Melayu sekali gus membuka lapangan penulisan kepada penulis baru sejak 2007 hingga kini.


Lebih tiga tahun dalam industri penerbitan, Fajar Pakeer semakin melangkah jauh untuk mempelbagaikan genre novelnya. Bukan sekadar novel cinta, Fajar Pakeer turut berusaha menerbitkan novel chick-lit, misteri, fantasi, seram serta penulisan pelbagai genre lain lagi. Naskhah Mini Novella pula sesuai bagi golongan remaja juga pembaca yang gemar membaca di mana sahaja memandangkan ketebalan dan saiznya yang kecil mudah dibawa, juga boleh disimpan di dalam poket.

Selain itu, bermula tahun 2010, Fajar Pakeer mula menerbitkan cerita yang sesuai untuk golongan awal remaja yang dipanggil FP Junior dan sehingga kini sudah ada lebih daripada 24 buah novel FP Junior di pasaran. Ini kerana Fajar Pakeer melihat novel bukanlah untuk satu golongan atau peringkat umur sahaja. Tambah pula, kehadiran Fajar Pakeer dalam industri yang kian pesat ini adalah untuk memeriahkan lagi industri penerbitan buku di samping memberi kepuasan kepada pembaca, sesuai dengan maksud sebenar kami, "Melengkapi Bahan Bacaan Anda".


okayyy lepas ni sinopsis pulaaa....

Sinopsis 

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH - ORKID EDYLIYNE
HARGA BUKU : RM21.00
HARGA JUAL : RM20.00
STOK : ORDER
BUKU : BARU


"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?



haishh.. itu jelah kot untuk hari ni .. sebab tak tahu nak tulis apa dah .. opsss sorry .. nak taip apa da.. haaaahh baru betull pandai anak yus ni kan . hehe. okayy guys.. tata...iloveyou all,.. *all lah sangat .. ada ke tak orang nak baca kan. almaklumlah . blog pun simple tahap gaban anak ayam kan . hahaha. ok lah .. bubbye. 

assalamualaikum kepada umat islam. 
goodbye and see u again ...dengan izin Allah !!

heyy sahabat .. kasi tekan satu like lah . hahahahaha . *suka pulak saya ni ...menyampah 





olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Saturday, June 9

Buku Prima


Assalamualaikum.. ollllaaaa *lambai lambai

okay boys and girl..hari tu saya dah berceloteh tentang kaki novel.. kalau nak refresh sila ke halaman tersebut yang bebunyi Kaki Novel  ok .. as u all tahu yang saya ni amat lah teramat tersangat suka membaca novel.. ape je depan mata . saya tibai je...

Kisah bermula apabla saya ternamapak kawan saya baca Novel terbitan Buku Prima yang bertajuk MISS PISAU CUKUR.. hah ape benda tuh kan ... Novel lah ..apa lagi maaa... saya tengah cerita pasal novel kan..
Then .. time tuh mana lah saya ada duit kan .. tengah pokai.. mmg tak boleh lah nak beli.. so saya diam dan tengok je lah dari jauh ... hurmm *kenang nasibb. 


lepas tuh masa saya , ain , mizan keluar dengan mama saulin harituh.. qiss ternampak kat bonet kereta mama *jeng jeng jeng.. 
haha nampak lah pulokkk novel tuh. kalau ikutkan hati nak aja saya sambar bawak masuk dalam baju. 
tapikan ..tak elok buat macam tuh , tak sopan .tak senonoh.. haisshhh anak dara ..saya pun mintak lah izin mama nak pinjam buku tuh .unfortunately ............ mama belum baca sampai separuh pun. haha.. kesian lah kau balqis...menunggu lah kau.. 
ok takpe.. kita nak meminjam kena lah bersabar ..so saya sabar sampai lahhh sekarang ni . 
tadi borak2 dengannn mama kat Fb . . hah mama kata . Hari Isnin bukak sekolah nanti jumpa mama ..nanti mama kasi buku tuh.. yeahyeahhh *lompat lompat ...




hah nilah bukunya...Buku yang saya nak sangat baca tuh .. tengok cover pun dah naik sawan dah ..


SINOPSIS dibawah hasil ringkasan cerita daripada Mummy Ayu Blogspot. *saya copy ye mummy


novel nie mengisahkan Ku Afnan....marah, benci & tak suka sgt ngan Amere, anak angkat bapa dia..Tan Sri Ku Ali
sbb dia ingat Amera ni anak perempuan simpanan bapak dia
so..dia buat mcm2...untuk kenakan Amera
bila Ku Ali dpt tahu..dia ngan kakak dia kena hukum..
mcmc2...potong elaun, kena denda
and yg paling teruk & dia marah sgt....
Ku Adnan kena pecat dr jawatan Pengurus kat compani ku Ali
so..disebabkan terlalu marah..dia sanggup bunuh Amera
and dia tau Amera memang suka & syok kat dia
tapi yg buat dia rasa bersalah sgt...time dia tembak Amera tu pun
Amera sempat ckp....dia maafkan apa saja yg Ke Adnan dah buat kat dia
sbb dia sayang sgt kat Ku Adnan

rupa2nya Ku Ali pecat Ku Adnan dr jawatan pengurus
sbb nak kasi Ku Adnan jadi pengerusi..kira naik pangkat
lagi la Ku Adnan rasa bersalah...

masa berlalu (chewah)
tetiba Ku Adnan berjumpa dgn seorang perempuan..Nurul
cantik tapi mata duitan
gila2 punya mata duitan
sanggup buat apa saja demi duit

and mcm2 la yg jadi tengah2 tu
tapi...at last....Nurul tu rupa2nya Amera
emm..mcm mana??
kena la baca...
he he he

novel nie menarik
walaupun jln cerita dia mcm pelik & tunggang langgang sikit
tapi..nak baca dan nak baca lagi
sbb nak tau ending, nak tau kenapa jadi mcm tu
so.....best la...menariks gitu...

kali kedua baca novel hasil karya Siti Nur Dhuha
1st...My Love is Playgirl..
pun mcm tu..cita tunggang langgang..tapi menariks




thats all dude.. for now lah.. 

Assalamualaikum ..
*lambai lambai good bye

*oh yaa..saya nak tengok bola.. Sudah tersampuk demam EURO CUP ayah saya...haissshh cik yus....



olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Mama ..

Assalamualaikum .. ollaaa. *lambai lambai

apa khabar tuan/puan/datin/dato'/datin seri/dato' seri/tan sri/puan sri  sekalian .? *hulur mic..
harus saya ingat kan disini bahawa celoteh saya pada hari ni tiada kaitan antara yang hidup atau yang mati ..
haha. suspen tak ?? tak ? eleh tipu .. cover macho lewtuu.

ok.. Mama !! berdasarkan tajuk diatas .. korang pasti pikir that im talking about my mum for today .
actually .. tak !! teeetttt.. korang salah sama sekali .. Mama adalah seorang pendidik yang telah berjaya melembutkan hati nurani seorang remaja comel yang bernama Nurul Balqis daripada membenci subjek Sejarah pada zaman Pmr dia. hhaha.. Mama ada seorang pendidik dari sekolah tercinta iaitu SMK PERIMBUN. Mama seorang mama yang baik kerana tak pernah marah2 dan tak pernah membenci anak muridnya walaupun sebodoh dan senakal mana pun anak muridnya tuh . Mama ada seorang pencinta novel sama seperti saya.. Mama seorang yang sangat disenangi ramai . Mama seorang yang sporting tahapp maksimum dengan anak muridnya....
hah itulah mama saya... Mama yang telah berjaya membuat saya memperoleh keputusan A dalam sejarah ...Mama jugak sangat pandai memikat hati "anak2" dia disekolah .. gelak ketawa yang mampu buat orang lain ketawa sama .. hahahah.. anak kelahiran sabah ini sudah banyak berjasa dengan saya..
Entry kali ini khas untuk mama tercinta sebagai tanda sayang saya terhadap mama...

hah?? apa?? korang nak ngorat mama?? eh mana bolehhhhhhhh !! mama saya punya ...


hah.. tuh mama saya.. PUAN SAULIN BINTI SINDING .. 

mama .. qiss sayang mama.. terima kasih sebab tak pernah marah2 qiss. terima kasih sebab mama selalu doakan qiss.. terima kasih sebab belanja qiss ,ain,mizan makan kat JJ hari tu.. klau sudi ,belanja lah lagi. hahah. 

terima kasih daun keladi ,
oh mama you dekat dihati !!

Assalamualaikum .. *lambai lambai good bye 






olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

Friday, June 8

Kaki Novel ..

Assalamualaikum .. olla *lambai lambai tangan.

okay.. eh baca entry ni tau . awak tau tak Kaki Novel Enterprise ?
tak tahu ?? ish ish ish *geleng kepala
okay. Kaki Novel ni diaorang Publish buku lah. Novel.
FYI.. qiss mmg suka sangat baca novel . hah.. cuti sekolah ni pun dah 10 Novel qiss bace.
hahahha. tengok lah ketakjuban qiss terhadap novel kan .
ok berbalik kepada Kaki Novel tadi .. saya ni mmg suka sangat baca buku dari Terbitan ni .

Sebabnya :

  • novelis dia kebanyakkannya muda2 belaka..
  • kandungan dia sangat fresh untuk remaja baca. 
  • remaja senang paham dengan jalan cerita.
  • novel majoriti mmg best . 
  • banyak novelis yang memuatkan kandungan cerita mereka dengan hadith2 dan pengajaran bagi orang Islam . 
bagi memanjangkan celoteh saya pada hari ini. Dengan Dukacitanya saya nak bagitahu anda... yang saya ni mmg nak sangat beli buku terbitan terbaru Kaki Novel . Tajuk and Sinopsis dorang buat saya naik gila. 
okayy sapa nak belanja saya ,sila angkat tangan ?!! *tengok sekeliling . 
okayy . takda sapa nak belanja  . humm..... *sedihh 

Novel yang menjadi sasaran saya yang seterusnya adalah... *jeng jeng jeng jeng 


hahaha .mmg ni lah novelnya .  SURI RYANA. oh saya sangat suka kan karya2 dia.. tengok kat bawah ni pulak . !!


yang ni saya dah baca Lapan kali dah . best ...... oh saya gilakan novel ni . 


Berbalik ke Novel ISTERI SEPARUH MASA tu.. kat bawah ni sinopsis dia.. Baca lah . kalau berkenan beli je tau.. Pastu kasi saya pinjam okay... 

Sinopsis:-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?


THE END !!

Assalamualaikum !!


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..