Thursday, May 30

BETAPA PENTINGNYA BERFIKIRAN BAIK TERHADAP ALLAH

Assalamualaikum sahabat fillah .. khaifa haluka  ?? ana ? alhamdulillah , ana bikhairin .. hehe
lama betul qiss tak update blog ni .. dah bersawang sangat kat laman sesawang ni .. hoho .. tak silap qiss last updated tahun lepas .akhir bulan 2012. hoho..
okay anyway .. hari ni ada sedikit perkongsian ikhlas dari qiss. mmg panjang lebar sikit tapi insyaAllah ada ilmu yang berguna. tak salah kita luangkan masa dalam 10 minit baca perkongsian ni . jika nak dibndingkan dengan duk layan fb or twitter or ape2 pun . hehe ..
perkongsian ni sebenarnya disampaikan oleh kakak angkat qis.. dan qis dah mintak izin untuk sebarkan . insyaAllah . moga ada yang baca entry kali ni ye.. insyaALLAH ..

baiklah . qiss mulakan dengan BISMILLAH .

Tatkala hidup dirundung kesusahan atau musibah , manusia sering dilihat tergapai2 mencari identiti sebenar ..mencari makna yg tersirat di sebalik permasalahan yg d'tanggung . Namun pernahkah kita terfikir bhw disebalik ujian hidup itu adanya terukir sebuah janji manis yg kekal di alam 'sana". janji yang sering manusia lupa .. yaa!! SYURGA FIRDAUSI yg indah buat kita yg menjadi idaman setiap hamba yg beriman

Bagaimana kita dapat ke sana jika hati dan jiwa kita sekarang diselaputi dgn pemikiran2 yg busuk ?????
 


Sebelum kita berbaik sangka terhadap manusia, pentingnya utk kita berbaik sangka terhadap Allah dahulu . Jom kita sama2 hayati firman Allah yang bermaksud ..

 " wahai orang2 yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka kerana sebahagian drpd prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah mencari2 keburukan orang dan janganlah memfitnahkan satu sama lain . Adakah seseorang drpd kamu yg suka memakan daging saudaranya yg sudah mati ? maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya . Dan bertakwa lah kepada Allah . sesungguhnya Allah maha Penerima taubat lagi maha penyayang ." [Al-Hujurat ; 12]

Allah .. Allah .. bayangkan jika anda sedang duduk dihadapan mayat yang telah anda fitnahkan ,kemudian anda menyiat2 daging mayat yang kaku dan pucat itu lalau dagingnya ada masukkan ke mulut .. Tidakkah anda berasa geli , loya dan nak muntah ?? 

Perhatikanlah keadaan kita yag suka berprasangka, mencari2 kesalahan dan memfitnah saudara seislam kita.. Jika firman Allah tadi ditujukan kepada sesama manusia saja, sudah tentu mencerminkan keburukan manusia yg disifatkan oleh Al-Quran .Maka bagaimna jika ketiga2nya itu ditujukan terhadap Yang Maha Pencipta ? Berprasangka terhadap org2 yang beriman saja sudah tentu begitu besar dosanya, bagaimana pula sekiranya kita berprasangka terhadap Al-Mukmin , Al-Muhaimin , Al-Aziz, Al-Jabbar, Al-Mutakabbir ????? 

 Firman Allah SWT 
" sesungguhnya manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut . Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kedekut " [Al-Ma'arij : 19-21]

Sekiranya dengan sindiranNya kita tidak berasa malu , maka pada sindiran siapa lagi kita patut malu ?

Mengapa kita sering mengeluh dan melemparkan kesalahan pada zat yang menciptakan dan menetapkan ? Salah satu senan utamanya kerana kita membiarkan sifat prasangka menguasai diri kita 

Antara contohnya:
  1. Kenapa beberapa hari ni hujan tak turun ?? (kalau panas pun merungut kan ?? )
  2. Kenapa lah hidup ni susah sokmo  (bila bahagia takde pon cakap "Alhamdulillah , Allah kurniakan aku kesenangan")
  3. Assignment ni tak pernah tak wujud kan !! aku nak jugak enjoy macam org lain .! (assignment tuh kan ilmu untuk kita. semakin banyak kita menuntut ilmu .. insyaALLAH .. semakin bertambah ilmu didada.)
  4. Ya Allah !! aku dah berusaha banyak dah .. tapi kenapa ini je yang aku dapat !!? (BANYAK NI JE YANG KAU DPAT ????? hello hello .. kita je yang buuta hati .. Allah dah pinjamkan mcm2 kat kita ni . tunggu kita je menggunakannya sebaik mungkin . kadangkala zaman kejatuhan adalah titik permulaan kita untuk muhasabah diri . untuk perbaiki diri . renung2kan lah kat mana silap kita tatkala menerima takdir Allah. )
  5. Aku pakai tudung labuh pun nak komen2 lagi . bagus lah ni . dah ikut perintah Allah .. (errrr.. lagi baik kalau kita mendoakan supaya pakaian yg kita pakai tu memberi manfaat kepda diri kita ssendiri dan jugak org sekeliling kta. yang lebih penting adalah apa yang kita cakapkan . sbb tuh kene jaga hati . kalau hati yg menguasai akal . maksudnya NAFSU ..alangkah indahnya kalau AKAL yg menguasai NAFSU !!. insyaAllah lahirlah aura2 positif dari dalam dirii)
Ibnu Abud Dunya berkata ' Aku mendengar seorang lelaki yg banyak berpuasa dan kuat beribadah . Kkemudian dia mendapat ujian yg sangat berat dan dia tersesat (tidak sabar ) dlm menghadapi ujian itu . Dalam ketidaksabarannya itu dia berkata "Dia(Allah) telah menimpakan aku bermacam2 bala dan bencana.Walaupun Dia memberiku Syurga Firdausi , syurga itu tdak akan seimbang dengan apa yng telah menimpa ku .. " Kemudian dia berkata  " apakah kiranya maksud dari ujian ini terhadapku ? Jika Dia memaksudkan agar aku mati saja , itu akan aku terima . Adapun jika Dia bermaksud hanya untuk penyeksaan , apakah maksudNya?? '

JOM SAMA2 KITA RENUNGKAN !!

Wajar ke kita ni sebagai hamba nak mempersoalkan apa yang Allah dah tetapkan untuk diri kita even hal itu menyakitkan kita? WAJAR?? sedangkan kita sendri berpijak atas bumi Allah . menikmati pemberianNya setiap saat..hirup udara yang ada oksigen , makan hidangan hasil bumi yg mana Allah berikan , kesiahatan yang kalau diikutkan lebih sihat daripada yg lain, masa lapang yang boelh diisi dengan pelbagai perkara berfaedah , keelokkkan paras rupa, sebuah keluarga yg penuh dengan kasih sayang.. allahu rabbi .. semua ini tak dapat kita tagih dgn manusia. semuanya hak milik ALLAH .. maka nikmat yang mana lagi ingin kita dustakan ?? 

Manusia boleh diibaratkan seperti satu kisah ni :

2 orang sahabat sedang sibuk bekerja disebuah kwasan pembangunan . yg seorang ni ada di atas . dan sorg lagi berada di bawah . masing2 sedang sibuk . sahabat diatas hendak memanggil sahabat dibawah . bila sahabat diatas panggil . sahabat di bawah tak dengar sbb bunyi2 mesin yg bising .. lepastuh sahabat diatas cuba baling duit syiling ke bawah . Alhamdulillah . sahabat dibawah nampak syiling tuh  lastas terus dimasukkan ke dalam kocektanpa memandang ketas.. sahabat yg diatas berasa sedih , lalu baling lagi satu syiling yg lebih besar nilainya.. sahabat dibawah sekali lagi mengambil syiling itu dan memasukkan kedalam kocek tanpa pandang atas.. sahabat diatas berasa sangat kesal lalu dibalingnya batu kebawh . malang sekali , batu itu terkena topi keselamatan sahabatnya dibawah..bila dah sakit barulah sahabat dibawah itu mendongak keatas.. 

melalui kisah ini dapat menunjukkan manusia sering lupa dan tidak ambil peduli ketika berurusan dgn kesenangan tapi bila dah dapat musiibah barulah terkial2 mendongak ke atas.. Itulah manusia yang sering ALPA.. 

Pernah tak kita terfikir kenpa lah ye kita dulu ni jahil sangat2 .kadang2 menyesal dri kita duli. maluuuu snagat dengan org sekeliling.. bila nak dan dah berubah . selalu je SENTAP bila ada orang rendah2 kan kita or ungkit kejahilan kita dulu .. pernah tak pikir kenapa????
 OK .. JOM JADI POSITIF !!
sebenarnya Allah nak bagi kit apeluang untuk merasai nikmat HALAWATUL IMAN (kemanisan iman ) 
SUBHANALLAH .. SWEETNYAAAAAAAA

dari Anas bin Malik r.a bersabda 
"tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang , ia merasai kemanisan iman : siapa yg cintanya kepada Allah dan Rasul lebih drpd cintanya kepada orang lain : siapa yang cintanya kepada orang lain kerana Allah (dan bukan kerana satu tujuan duniawi ) : dan ia membenci kepada kembalinya kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran ) , sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api " (hadis riwayat muslim )

okay kat situ dah jelas . bila kita sedari pernah berada di jalan yg salah atau kurang tepat.. maka automatik akan lahir satu perasaan dalam diri kita yang mana kita betul2 dah nak dduk kat satu landasan yang betul .. tak nak dah duduk kat jalan yg tak rata.. 
Allah .. Allah .. sayangnya Allah kat kita yg hina ni .. Ayuh lah sahabat ku . kita positifkan diri kita.. kita lahirkan satu semagat yakin akan ALLAH ..kerana mengeluh tak kan mendatangkan faedah .jgn biarkan nafsu menguasai  diri manakala hati pula menguasai akal .. insyaAllah .. 

akhir kata dari qiss.. masih belum terlambat untuk kita mendalami ilmu Allah ini .. dan belum terlambat untuk kita bertaubat dan perbaiki diri kita .. Allah maha penerima taubat dan maha penyayang .. semua dugaan yang kita terima tuh tandanya Allah sayangkan kita . Bohonglah kalau qiss kata nak behijrah itu mudah.. qiss sendiri menempuh semua dugaan tuh . cuma kita perlu bijak menempuhi halangan2 tuh . Hipotesisnya .. semakin banyak dugaan yang Allah beri, semakin sayang Allah kepada kita .. 
haaa, kan dah keluarrr.. budak sainss mmg gini yee. sentiasa ber'hipotesis' bagai .. 
harap kalian dapat memahami maksud dan makna perkongsian qiss tadi .. insyaALLAH . sama2 kita berusaha menjadi lebih baik .. barakallu fik.. Jazakallahu khairan sahabat.. assalamualaikum . 



olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..