Friday, June 8

Kaki Novel ..

Assalamualaikum .. olla *lambai lambai tangan.

okay.. eh baca entry ni tau . awak tau tak Kaki Novel Enterprise ?
tak tahu ?? ish ish ish *geleng kepala
okay. Kaki Novel ni diaorang Publish buku lah. Novel.
FYI.. qiss mmg suka sangat baca novel . hah.. cuti sekolah ni pun dah 10 Novel qiss bace.
hahahha. tengok lah ketakjuban qiss terhadap novel kan .
ok berbalik kepada Kaki Novel tadi .. saya ni mmg suka sangat baca buku dari Terbitan ni .

Sebabnya :

  • novelis dia kebanyakkannya muda2 belaka..
  • kandungan dia sangat fresh untuk remaja baca. 
  • remaja senang paham dengan jalan cerita.
  • novel majoriti mmg best . 
  • banyak novelis yang memuatkan kandungan cerita mereka dengan hadith2 dan pengajaran bagi orang Islam . 
bagi memanjangkan celoteh saya pada hari ini. Dengan Dukacitanya saya nak bagitahu anda... yang saya ni mmg nak sangat beli buku terbitan terbaru Kaki Novel . Tajuk and Sinopsis dorang buat saya naik gila. 
okayy sapa nak belanja saya ,sila angkat tangan ?!! *tengok sekeliling . 
okayy . takda sapa nak belanja  . humm..... *sedihh 

Novel yang menjadi sasaran saya yang seterusnya adalah... *jeng jeng jeng jeng 


hahaha .mmg ni lah novelnya .  SURI RYANA. oh saya sangat suka kan karya2 dia.. tengok kat bawah ni pulak . !!


yang ni saya dah baca Lapan kali dah . best ...... oh saya gilakan novel ni . 


Berbalik ke Novel ISTERI SEPARUH MASA tu.. kat bawah ni sinopsis dia.. Baca lah . kalau berkenan beli je tau.. Pastu kasi saya pinjam okay... 

Sinopsis:-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?


THE END !!

Assalamualaikum !!


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: