Wednesday, June 13

Tuan Rumah Pembantu Rumah

Asslamualaikum .. *lambai lambai tangan dengan penuh excited

hehe.. apa khabar semua ? !! *bunyi cengkerik .
 oh okay... takda viewerrr... okk takpe.. heeee ^_^

tajuk kat atas tuh pelik tak? pelik kan !! hah.. ini adalah alah satu novel yang Mama saulin bagi pinjam ..
novel ni daripada terbitan FAJAR PEEKER .. apa benda peeker2 tuh ?? 
ntahlah .. qiss pun tak tahu sebenarnya.. tak pernah pulak baca novel terbitan syarikat ini.. tapi agak menarik for the first time baca.. tajuk aje dah buat korang pelik kan.. tapi cerita dia agak simple but padat. korang jangan sesekali baca buku ni tapi baca skip2.. kalau tak .korang mesti takkan paham.. Konsep cerita ni sangat simple tapi ada jugak lah benda yang kita tak rasa akan dikeluarkan ada dalam buku ni ..Novel ni memaparkan tentang kecurangan tunangnya sendiri di depan mata dia.. tapi perempuan ni macam bersabar jelah kan sebab Sayang punya pasal.. hah tapii........ *jeng jeng jeng. .
korang baca lah sinopsis kat bawah ni nanti ... malas nak taip panjang2.. saya copy paste .. 

nak tengok cover??? okayy .. nahhhh ! 


comel kan cover dia.. hehe.. cover dia sangat sesuai dengan jalan cerita novel ni ....

okay kat bawah ni pulak adalah sedikikt sebanyak tentang Fajar Peeker.. lagi sekali saya copy paste dari blog fajar peeker... 

Bermula sebagai pengedar, Syarikat Fajar terus melangkah sebagai penerbit yang dikenali sebagai Fajar Pakeer Sdn. Bhd. Menerbitkan empat buah novel berbahasa Melayu sekali gus membuka lapangan penulisan kepada penulis baru sejak 2007 hingga kini.


Lebih tiga tahun dalam industri penerbitan, Fajar Pakeer semakin melangkah jauh untuk mempelbagaikan genre novelnya. Bukan sekadar novel cinta, Fajar Pakeer turut berusaha menerbitkan novel chick-lit, misteri, fantasi, seram serta penulisan pelbagai genre lain lagi. Naskhah Mini Novella pula sesuai bagi golongan remaja juga pembaca yang gemar membaca di mana sahaja memandangkan ketebalan dan saiznya yang kecil mudah dibawa, juga boleh disimpan di dalam poket.

Selain itu, bermula tahun 2010, Fajar Pakeer mula menerbitkan cerita yang sesuai untuk golongan awal remaja yang dipanggil FP Junior dan sehingga kini sudah ada lebih daripada 24 buah novel FP Junior di pasaran. Ini kerana Fajar Pakeer melihat novel bukanlah untuk satu golongan atau peringkat umur sahaja. Tambah pula, kehadiran Fajar Pakeer dalam industri yang kian pesat ini adalah untuk memeriahkan lagi industri penerbitan buku di samping memberi kepuasan kepada pembaca, sesuai dengan maksud sebenar kami, "Melengkapi Bahan Bacaan Anda".


okayyy lepas ni sinopsis pulaaa....

Sinopsis 

TUAN RUMAH PEMBANTU RUMAH - ORKID EDYLIYNE
HARGA BUKU : RM21.00
HARGA JUAL : RM20.00
STOK : ORDER
BUKU : BARU


"Saya tak ada alasan. Saya tak boleh nak elak. Dah saya rasa macam tu, nak buat macam mana. Awak ingat, hati manusia ni boleh dikawal ke? Ada remote control untuk on, off... Hmm?”

Kata orang, jangan terlampau membenci, nanti akhirnya cinta yang akan diperolehi. Jangan terlampau percaya, nanti merana jiwa.

Sungguh Emir Jihan tidak mengerti, mengapa daripada usikan boleh lahirnya satu rasa yang cukup pelik dalam hatinya. Kenapa sebelum itu, dia tidak pernah rasakan perasaan yang sehebat itu menampar dadanya? Dia jadi bertambah haru jika sehari tidak melihat wajah itu menjadi merah menyala.

Intan Asha Areen, entah dari mana datangnya. Identiti gadis itu langsung tidak diketahui. Hanya yang pasti, dia maid baru dalam vila keluarga Emir Jihan. Dia membawa gayanya tersendiri, mampu menarik hati semua penghuni vila.

Ada rasa yang berbeza timbul dalam diri Emir Jihan dan Intan Asha Areen. Tapi, apa? Adakah rasa itu boleh dipanggil cinta? Kedua-duanya bingung untuk merungkaikannya. Apa yang pasti, kedua-duanya dalam usaha untuk mengerti. Namun, mampukan ia dimengertikan dengan munculnya Taufeeq Badree dan Hanni? Juga krisis identiti Indrian Dani yang mencurigakan.

Akan bersatukah rasa yang bermain di hati Emir Jihan dan Intan Asha Areen? Akan mengertikah mereka berdua dengan perasaan masing-masing? Siapa pula Taufeeq Badri dan Hanni? Krisis identiti Indrian Dani akan dirungkaikah? Adakah tuan rumah dan pembantu rumah bisa mengangkat bendera putih dan mengumumkan kedamaian serta menrungkai semua yang terjadi?



haishh.. itu jelah kot untuk hari ni .. sebab tak tahu nak tulis apa dah .. opsss sorry .. nak taip apa da.. haaaahh baru betull pandai anak yus ni kan . hehe. okayy guys.. tata...iloveyou all,.. *all lah sangat .. ada ke tak orang nak baca kan. almaklumlah . blog pun simple tahap gaban anak ayam kan . hahaha. ok lah .. bubbye. 

assalamualaikum kepada umat islam. 
goodbye and see u again ...dengan izin Allah !!

heyy sahabat .. kasi tekan satu like lah . hahahahaha . *suka pulak saya ni ...menyampah 





olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: