Wednesday, February 4

Soalan:Apakah hukumnya seseorang yg menuntut ilmu tetapi sering kali tergelincir dalam dosa dan melakukan kemaksiatan?


Jawapan:
Seseorang yg menghadiri majlis ilmu tetapi sering melakukan dosa bermakna seseorang manusia yg bukan maksum,bukan nabi atau rasul dan cuba berperang dengan nafsunya tetapi akhirnya dia tersungkur juga kedalam dosa dan juga kemaksiatan maka apabila dia duduk didalam majlis ilmu maka dia yakin dia mempunyai rabb yg maha pengampun,apabila dia duduk didalam majlis ilmu dia tahu dia tidak boleh berputus ada dengan rahmat Allah ﷻ dan dalam pada masa yg sama dia tidak boleh merasa aman dengan azab Allah ﷻ
Maka hendaklah seorang yg berilmu apabila dia tersungkur dengan dosa dan kemaksiatan cepat-cepat dia akan bertaubat kepada Allah ﷻ kerna tahu ia berdosa dan melakukan kesilapan,kesalahan terhadap Allah ﷻ dan dia tahu pintu taubat Allah ﷻ masih terbuka lagi untuk dirinya maka dia pergi menuju kepada Allah ﷻ

Maka jangan sampai tersungkur nya seseorang itu dan berkali-kali didalam lembah maksiat menyebabkan dia berputus asa daripada rahmat Allah ﷻ kerana itu adalah tanda lemahnya iman,tanda lemahnya ilmu mengenai  Allah ﷻ dan rahmat-Nya meliputi segala sesuatu.
Maka disini ada takut dan harap,bukan sahaja hanya harap dia bersama dengan takut,maka seorang yg mempunyai harap dan takut maka  ia mempunyai sayap yg boleh memenuhi terbang tinggi kepada Makrifat Allah ﷻ untuk sampai kepada keredhaan Allah ﷻ

(Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari,Guru Mulia Tassawwuf,Darul Muhibbin.)

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: