Wednesday, February 4

Sinopsis surah al a’raf ayat 121 – 130

1. Nabi Musa datang bertemu firaun (sorang pemimpin yang Allah berikan kuasa dan harta, yang semakin hari semakin bertambah, tetapi dia tidak beriman kpd Allah). Nabi Musa hendak mengajak dia kepada kebenaran.

2. Firaun tak mahu, dia cabar Nabi Musa supaya tunjukkan bukti dulu.

3. Nabi Musa tunjukkan bukti; mukjizat tongkat yang betukar jadi ular dan tangan yang putih bersinar. (yg dia dpt masa dkt lembah suci tuwa. yang Allah berikan, dengan mukaddimah “sesungguhnya Aku telah memilihmu, maka dengarkanlah apa yang akan Aku wahyukan kepadamu.”  dan dengan penutupan “maka pergilah kepada firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas” boleh rujuk surah Ta-ha)

4. firaun terkejut. tapi tetap ego, tak mahu terima kebenaran. firaun dan pengikut2 nya kata itu adalah sihir sahaja. pngikut2 (yang ‘buta’ dan jahil itu) menasihati firaun supaya kumpulkan semua ahlisihir2 hebat negeri, suruh bertanding dengan nabi musa. challenge accepted.

5. as expected, mereka semua kalah. ternyata mukjizat Nabi Musa lebih hebat. lalu ahlisihir tu pun akur, dan beriman dengan Allah, dan patuh kpd Nabi Musa. tak mau lagi dgn firaun.

6. firaun tension. dia kata, mereka tak boleh beriman sebelum dia izinkan.

7. firaun mahu seksa dan bunuh ahlisihir2 negeri yg sudah membangkang itu. tapi mereka tetap mahu beriman – peduli apa! lalu mereka berdoa kepada Allah. (boleh amalkan doa ini apabila berhadapan dengan pemimpin yg zalim: “ya tuhan kami, limpahkanlah kesabaran ke atas kami dan matikanlah kami dalam keadaan beserah diri kepada Mu”) *ayat 126*

8. at the same time, masih ada lagi pengikut2 firaun yg tegar bersama firaun. yg masih buta dan jahil. malah mereka pula yg memberikan idea kpd firaun – “kita bunuh saja anak2 lelaki mereka bos, and biarkan hidup anak2 prmpuan. kita akan dpt control diorang bos.” *xtahu jugalah atas rasional apa mereka berfikiran begini*

9. Nabi Musa menenangkan ahlisihir2 hebat negeri yg sudah beriman tadi. Nabi Musa menyuruh mereka bersabar, dan meminta pertolongan dari Allah, dan bertaqwa.

10. Allah kata, Dia pasti akan mengazab pemimpin yg zalim dan pengikutnya dan negeri itu, dengan azab yang keras..

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: