Sunday, November 11

COKE AND SUNDAE .

assalamualaikum .. *lambai lambai ..
fuyooo.. lama betul tak bercakap tentang novel.. almaklumlah. kan periksa. harap kalian paham . hehe
and again . KAKI NOVEL menjadi pilihan hatiku ini. *ceewahh
kali ni qis beli buku secara online.. kaki novel ada laman web sendiri .. tekan je link yg saya dah bagi kat atas tuh.. nanty boleh terus pilih novel yg anda mahu.. tips.. lebih jimat kalau jadi ahli kaki novel ..diskaun manyakk wooooo  ...

ok now nak cerita tentang novel yg qiss beli .
qis beli dua novel . namun baru satu yg dah habis baca.. *tgh kerja susah nak habiskan dgn cepat .
COKE AND SUNDAE.. merupakan karya ilya abdullah . maaf sebab saya belum pernah baca apa2 novel lain daripada pengarang ini ... novel coke and sundae adalah yg pertama. jadi saya tak boleh nak terangkan dengan terperinci mengenai pengarang ini dan hasil penulisan nya... tapi novel yg pertama ini mmg menunjukkan bakat ilya sebagai seorang pengarang yg muda dan seoranmg yg agak lawakk. dalam novel ini watak heroinnya ,azyan , seorang yg ganas tapi bukan tomboy. dan heronya syakir ,seorang yg kuat mengusik.. banyak adengan2  yg lawak yg boleh buat kita tergelak mcm orang sewel kat dalam ni .
So korang should read this ... and yet .. novel ini ada sambungan nya.. beli lah dua2 sekali . qis beli yg pertama je. yg kedua belum lagi.. tgh kumpul duit nak beli niqab.. hehe,, insyaAllah.


sinopsis


Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.

Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.

Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.

Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.

Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?

Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!
p/s.. rugi kalau korang tak beli.. time tuh qiss boleh jelir lidah kat korang. hahah . 


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

1 comment:

Unknown said...

Salam.. boleh tau tajuk sambungan coke and sundae? Dah lame novel ni agak2 ade kluar lag ke ye?