Tuesday, January 27

2 Sebab lelaki suka tgk perempuan

Bahagian badan wanita dicipta Allah memang untuk kecantikan dan ada yang dicipta khas untuk merangsang nafsu syahwat kaum adam.

1. Kecantikan
2. Ransangan nafsu syahwat.

Rambut; kaum adam suka melihat rambut kaum hawa yang panjang/pendek hitam/perang ikal mayang/lurus rebonding. Mereka suka membelai rambut kaum hawa ini dengan jari jemari mereka. Membelainya dengan belaian yang penuh kasih sayang. Islam menggalakkan kaum muslimah agar menutup kepala mereka (rambut) agar tidak merangsang permulaan nafsu syahwat lelaki.

Leher; lelaki melihat bahagian ini sebagai simbol seterusnya untuk ransangan nafsu mereka. Leher perempuan ini Ada uniknya yang tersendiri. Terpulang dari jenis apa pun. Ia tetap menjadi tarikan lelaki.

Muka; bahagian yang boleh dilihat dari aspek kecantikan dan nafsu syahwat. Bergantung pada keadaan. Ada kalanya, lelaki lebih tertarik kepada perempuan yang tidak mengenakan make up pada wajah. Ada sesetengah daripada mereka, takut dengan gaya solekan kaum perempuan.

Mata;  lirikan manja, menggoda dan minta perhatian. Bagi perempuan mungkin biasa. Tetapi, bagi lelaki, sangat mengancam dan mencabar iman.

Bibir;  senyuman, muncung, mimik suara, gigit bibir, jilat bibir/gigi dengan lidah. Kesemuanya merangsang nafsu lelaki. Tambah pula dengan gincu yang disolek pada bibir dengan warna merah menyala.

Bahu, Lengan; bahagian ini bila didedahkan menggalakan lagi rasa ingin memeluk perempuan itu. Tambah pula dengan kulit yang mulus dan cerah.

Dada, Punggung; bagi golongan perempuan mereka suka menonjolkan bahagian yang unik di badan mereka  hal ini kerana mahu menarik perhatian lelaki memandang kecantikan mereka. Tapi, lelaki memandang keduanya sebagai aset untuk puaskan nafsu syahwat bukan kerana cantiknya bahagian itu.

Begitulah halnya dengan perut, betis, kaki dan kemaluan.

Tidak ketinggalan, lenggok badan lagi lagi gaya jalan ala ala catwalk. Tunduk mahu ambil barang tanpa melutut atas lantai lalu membiarkan bahagian punggung terdedah dan ditatap oleh kaum lelaki. Inilah bahagian badan wanita yang bilamana tidak dihijab maka akan merangsang nafsu syahwat lelaki yang rakus.

Bagi golongan perempuan, mereka mahu menunjukkan kecantikan yang telah dicipta Tuhan kepada semua makluk tetapi bagi kaum Adam khususnya memandang kecantikan tersebut dengan pandangan yang berahi. Terlalu banyak perbezaan antara lelaki dan perempuan. Salah satunya skop penglihatan.

Skop penglihatan lelaki lebih kecil sudutnya, fokus kepada satu titik, manakala bagi perempuan, skop penglihatan lebih luas dan besar. Contoh; pemandangan alam; lelaki akan meneliti satu persatu objek, matahari, kemudian awan, seterusnya pokok dan lain lain lagi dengan turutan. Perempuan pula akan melihat kesemuanya dengan pandangan sekaligus. Dan dengan ini, dapat diklasifikasikan sebagai pandangan lelaki terhadap perempuan.

Dan dengan ini, dapat diklasifikasikan sebagai pandangan lelaki terhadap perempuan. Contoh; Adam melihat Hawa berjalan dengan lenggoknya dari sudut pakaiannnya pada bahagian badan, apa yang ada dalam baju itu, dan apa yang ada dalam baju dalam itu.

Penglihatan yang sangat teliti dan kritis. Lalu Allah perintahkan kaum hawa agar berpakaian longgar, gelap, tidak terlalu nipis(tebal) dan sebagainya sebagai perlindungan diri daripada mata kaum Adam yang nakal dan tajam.

Bilamana kaum hawa ini tidak menjaga kehormtan dirinya dengan begitu cermat dan mengikut syariat, maka lelaki akan bertindak di luar kawalan. Perlu diingatkan, nafsu lelaki hanya satu yakni PEREMPUAN. Maka dengan sebab itulah berlakunya zina, merogol, tonton filem lucah, melancap dan sebagainya bagi memuaskan nafsu.

Ada yang mengikut syariat dan hukum Allah dengan berkahwin tapi perlu diingatkan syarat bagi lelaki untuk menikah kerana nafsu ini adalah syarat yang terakhir dari syarat syarat yang lain.

Dari segi logik akal, apabila mata lelaki ini ter/melihat aurat wanita dalaman/luaran walaupun sekadar bentuk, jantung lelaki akan mengepam darah dengan lebih laju dan sangat laju infiniti laju! Ketika ini, aliran darah akan menuju ke bahagian kemaluan lelaki dengan lebih banyak dan laju berbanding bahagian anggota yang lain.

Darah yang menuju ke bahagian otak pula akan berkurangan menyebabkan lelaki tidak dapat berfikir dengan waras kerana kebanyakan darah telah dipam ke arah bahagian kemaluan lelaki. Dan bila telah dipam dan dialirkan dengan begitu banyak, ia akan menjadi tegang dengan begitu keras dan sangat aktif.

Untuk pengetahuan, zakar lelaki tidak bertulang. Lelaki boleh terangsang melalui banyak deria seperti pandangan mata, sentuhan, bayangan minda dan hati, percakapan.

Perempuan pula lebih terangsang melalui sentuhan dan belaian (disentuh, diraba, diurut, digigit, diusap, dicumbu, dijilat dan papejelah). Dan apabila seseorang perempuan itu menutup keaibannya (auratnya) memelihara hak anggota badannya dengan sempurna maka secara tidak langsung mata dan pandangan lelaki terhijab dan nafsu syahwat menurun iman bertambah (acewah)

Allah ada berfirman dalam ayat AlQuran; Surah AnNur; mafhumnya, "dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

Wajah dan kedua tapak tangan wanita ini adalah kecuali yang zahir sebagaimana ditafsirkan Ibnu Abbas. Ramai yang musykil tentang aurat DAGU dan KAKI.

Mengikut mazhab yang kita ikuti, Mazhab Imam Syafie, mengatakan kaki itu sebagai aurat. Dagu pula, jika kita lihat pakaian solat untuk muslimah, bahagian bawah dagu yang perlu ditutup.

Jadi, jangan terlalu bangga dan bermegah dengan adanya lelaki ajnabi bukan mahram yang tertarik dengan kita kerana apa yang mereka lihat, teliti dan bermain di akal minda ditafsirkan sebagai pandangan nafsu syahwat.

Kesimpulannya, pelbagai hikmah kenapa dan mengapa Allah perintahkan golongan hawa ini menutup keaiban mereka. Allah ciptakan bahagian badan kaum hawa khas untuk insan yang bergelar suami kesayangan dan yang sangat dicintai untuk mereka nikmati dan sebagainya untuk melahirkan zuriat Muslim yang produktif dan berkaliber.


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: