Saturday, June 1

SYAITAN MUSUH KITA

Assalamualaikum sahabat fillah .. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih dapat merasai hidup di dunia hari ni . Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yg tercinta..
so seperti yg dijanjikan qiss kat facebook tadi , qiss nak bercakapp pasal SYAITAN . terlebih dahulu qis nak ckp perkara yg qiss nak kongsi kan hari ni qiss rujuk kepada buku SYAITAN MUSUH KITA hasil tulisan Badrul Hisham Shari dan Zakaria Sungib .. terbitan Galeri Ilmu .

okay qiss mulakan dengan Bismillah Al-rahman Al-rahim ..

Syaitan merupakan salah satu makhluk Allah juga yee. Makhluk ini sudah wujud dua ribu tahun sebelum Allah cipta manusia. Jadi mereka ni lebih arif ttg manusia berbanding manusia mengenali mereka ye ..
sebelum Allah mewujudkan nabi Adam a.s , syaitan atau iblis ni taat sangat kpd Allah .. tapi setelah Allah perintahkan mereka untuk sujud kepada nabi Adam . hah terus mereka mungkar dan berkata kepada Allah yg dorang ni akan menyesatkan seluruh keturunan nabi Adam a.s . saya tahu ramai kat luar sana yang tahu ttg ni ,, malah mungkin lebih arif daripada saya .. hehe . okay kita teruskan ye..

Dari mana asal-usul syaitan, makhluk terkutuk yg tlh menghuru-hara kan kehidupan manusia di muka bumi ini? Iblis laknatullah dialah raja segala syaitan. kalau tak wujud iblis ni , tak wujud lah syaitan .. iblis ni dtg dari golongan jin , Dari suku sakat jin, lahirlah seekor jin yg kemudiannya dikenali dengan nama Iblis laknatullah . Jin pula adalah keturunan atau anak cucu JANN . satu makhluk yg dijadikan Allah daripada api yang sangat panas . Maka Jann pula adalah bapa bagi segala jin termasuklah Iblis.

"Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada para malaikat .
'sujudlah kamu kepada Adam ' maka sujudlah mereka kecuali iblis.Dia adalah dari golongan Jin..." 
[Al-Kahfi;50]

Dari mana pula datangnya Syaitan ?? Begini ceritanya.. sejak iblis dimurkai Allah . Iblis berusaha keras menghasut dan menipu daya manusia. Tetapi dia tidak buat secara solo. Dia mula kumpul pengikut yg terdiri daripada golongan jin jugak. Tidak terbilang ramainya yg follow iblis.Jin2 yg follow iblis ni digelas jin kafir. mana2 yg jadi pengikut iblis ni dipanggil Syaitan ,.. so kiranyaa sesiapa yg jado follower iblis ni merupakan Kuli Iblis lahh. sebb iblis ni duduk goyang kaki je atas singgahsana dia.. yang lain (syaitan) ni yg dok ngacau  kita tuhhh .. dikatakan .nisbah manusia dengan jin ni 1 manusia ; 99 jin .. sangat banyak tauuu!!!

ANAK-ANAK IBLIS

Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan menerima laporan daripada kuli2 dia(syaitan) .. dia ada barisan menteri yg setiap satu menteri ada kerajaan sendiri yg bernaung dibawah 'Empayar Iblis Raya'. 5 menteri kanan Iblis terdiri daripada anak2nya sendiri ..

  1. TSABAR = malaun ni dan seluruh penghuni kerajaannya selalu pergi kepada org yg sedang susah. contohnya ,mangsa banjir, mangsa tsunami ,atau sesiapa yg kematian org tersyg ..Malaun ni kan dia cuba sesatkan manusia dengan timbulkan sangka buruk pada Allah .. so nanty manusia akan keluh kesah dan salahakn Allah sbb turunkan bala mcm ni kat dorang . sedangkan .. Allah turunkan dugaan macam tuh sbb Allah sayanag kita !! ramai yang tak sedar hakikat ni ! *sobsobsob 
  2. DASIM = hurmm yg sekor ni pulak dikatakan ANAK EMAS si iblis.. hahaa. jangan main2 .. peranan dasim ni kan adalah untuk mencerai-beraikan perkahwinan .. iblis ni paling benci dan dengki setiap ada yg melafazkan ijab kabul..so dorang ni bisikkan lah mcm2 kat pasangan suami isteri sampai timbu benci antara satu sama lain . kiranya setiap kali ada penceraian , hah puncanya dtg dari sekor ni lahh... *jahat niiiiii !!
  3. MASWATH = anak iblis yg satu ni misinya untukmencipta dan menyebar pembohongan . maswath ni sentiasa membisikkan pembohongan, khabar angin , fitnah atau berita palsu hingga tersebar luas di kalangan manusia.. tujuannya cuma satu iaitu untuk memporak peranda manusia.. 
  4. AL-A'WAR = si terkutuk ini dan konco2nya khusus untuk membudayakan perbuatan zina . mereka ni memudahkan laluan2 terjadinya keruntuhan moral dan zina. Maka rosaklah keturunan bani Adam ..Maka gembiralah Iblis laknatullah nii ..
  5. ZALNABUR = syaitan ini pula berkeliaran menghasut manusia hingga terjadi pentengkaran,caci-maki,perselisihan dan bunuh-membunuh.Tumpuan utama operasinya adlaah di tempat yg ramai manusia berkumpul macam pasar2 ..
Semua kakitangan dalam kerajan iblis ni akan diberikan habuan ..habuan ni dorg dapat berdasarkan hasil kerja masing2 ..Hasil lebih ,habuan lebih lah.. hehe..kira macam makan gaji lah .. cuma kalau manusia ni kerja habuan nya duit . entah bagaimana pulak habuan or gaji syaitan ni , wallahu a'lam ,.

okay sampai sini saja ye untuk kali ni .. lepas ni entry pasal 9 anak syaitan pulak.. erkk mungkin entry lepas ni memeningkan kepala sikit sbb ramai confius anak iblis or anak syaitan ?? erkk,, wallahu a'lam . hanya Allah juga yg mengetahui .. 
hehe, so Assalamualaikum ya ukhti ya akhi . insyaALLAH .. moga dipanjangkan umur kita untuk mendalami ilmu Allah yg luas ni ,, insyaAllah . jazakallahu khairan.

olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: