Thursday, June 13

Julaibib : kisah sahabat agung rasullulah

Julaibib sahabat yang sangat miskin. Lahir daripada golongan melarat. Dalam kalangan sahabat agung, dia tak dikenali tapi dekat dihati Nabi.
Harta Julaibib hanyalah pakaian lusuh yang dipakai. Tiada selipar. Tiada tempat berteduh kecuali masjid. Malamnya berbantalkan lengan.Tilamnya kerikil dan pasir. Perutnya sentiasa lapar. Minumannya hanya air kolah yang dicedok dengan tangan. Namun dia tekun beribadah.
Julaibib sangat patuh pada Allah, beriman dan berakhlak. Satu hari dia melintasi Rasulullah dan Baginda memanggilnya.
Rasulullah bertanya, "Mahu bernikah?". Dengan rendah diri dia berkata "Siapa hendak nikahkan puterinya dengan dirinya yang tak ada apa apa?"
Beberapa hari kemudian, Rasulullah bertemu lagi dengannya. Rasulullah bertanya soalan yang sama (nikah) dan jawapan Julaibib masih sama.
Rasulullah bersabda: "Wahai Julaibib, pergilah ke rumah dia (nama seorang Ansar) dan katakan padanya "Rasulullah menyampaikan salam untukmu dan memintamu untuk mengahwinkan dengan anak perempuanmu.". Maka berangkatlah Julaibib berjumpa dengannya.
Diketuk pintu rumah, kemudian disampaikan apa yang disampaikan Rasulullah dan sahabat Ansar itu berkata: " Semoga kesejahteraan tercurah  untuk Rasulullah. Tapi bagaimana boleh mengahwinkan anakku dengamu yang tiada kedudukan dan harta?".
Dari dalam, puterinya mendengar apa yang diperkatakan Julaibib dan berkata pada kedua orang tuanya "Apakah kalian menolak Rasulullah? Tidak, demi zat yang jiwaku berada ditanganNya.". Dia dengan rela hati menyerahkan dirinya kepada lelaki pilihan Nabi. Akhirnya, berlangsung pernikahan yang berkat dan keluarga yang berkat dan bahagia. Kemudian, bergema seruan jihad. Julaibib ikut berperang. Tangannya berjaya menewaskan 7 orang musuh namun dia sendiri terbunuh. Setelah perang, Rasulullah periksa semua mangsa korban dalam perang.
Para sahabat memberitahu nama nama terbunuh dan tiada nama Julaibib disebut kerana tidak dikenali sahabat.
Namun nama Julaibib ada pada hati Rasulullah. Baginda amat ingat nama itu disamping nama nama besar lain yang terbunuh. Rasulullah bersabda: "Tapi kini aku kehilangan Julaibib.". Rasulullah mendapati jasadnya penuh dengan debu dan Baginda mengusap debu daripada wajahnya & berkata:
"Engkau telah membunuh 7 orang lalu engkau sendiri terbunuh. Engkau sebahagian daripadaku & aku sebahagian daripadamu dan sebaliknya.".
"Mereka dalam keadaan gembira disebabkan kurnia Allah yang diberikan kepada mereka dan bergirang hati terhadap orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.".


olla. Thanks for visiting and dun forget tekan like and follow..

No comments: